'Lahirnya seorang huffaz...' Anak bongsu Syah Inteam khatam 30 juzuk al-Quran 11 bulan 28 hari

Iklan

ALHAMDULILLAH sejuk hati, bahagianya melihat anggota kumpulan Inteam, Syah dan isterinya yang menyaksikan cahaya mata mereka berjaya khatam 30 juzuk al-Quran baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan Akademi Akmal, memaparkan anak lelaki Syah, Muhamad Mustafa menitiskan air mata terharu menamatkan hafalan selama 11 bulan 28 hari.

Iklan
Iklan

Shah atau nama penuhnya, Mohd Syahril Abdul Khalid dan isteri, Nuur Asy-Syahidah Zainal Abidin dilihat dan saling berpelukan dengan dengan anak lelaki mereka.

Paling menyentuh perasaan adalah apabila Mustafa dilihat menangis sambil mengusap wajah ibu bapanya, lalu memeluk mereka.

Iklan

Menerusi hantaran yang dimuat naik, pihak institusi pendidikan tersebut berkongsi suasana ketika majlis itu berlangsung.

Iklan

"Daripada suara nasyid yang membesarkan jiwa, kini lahir pula seorang huffaz daripada darah dan doa Syah Inteam sendiri.

"Masya-ALLAH, tabarakallah," kongsinya.

Artikel berkaitan:

Anak khatam 30 juzuk 11 bulan 20 hari, pesanan Aidid undang sebak. 'Tanggungjawab termulia dipikul ke akhir hayat'

'Set nawaitu bukan untuk riak dan sombong.' Berhentikan anak-anak dari sekolah dan hantar ke tahfiz, perkongsian Aidid undang sebak

Warga maya yang tersentuh dengan perkongsian itu mengucapkan tahniah buat Mustafa.

Tidak ketinggalan, ramai memuji Syah dan isteri yang untuk mendedahkan al-Quran seawal usia sehingga anak mereka muncul sebagai huffaz pada usia muda.

"Alhamdulillah, hadiah terindah buat ibu dan ayah. Semoga adik terus berjaya di dunia dan akhirat."

"Masya-ALLAH, semestinya didikan awal di rumah. Bukan mudah untuk mencungkil minat dan menghabiskan 30 juzuk kalau tiada sokongan padu daripada keluarga."

"Alhamdulillah, moga kelak memberi manfaat untuk ummah. Tahniah anak soleh dan ibu ayah."

"Perjalanan nak dapat 30 juzuk itu memerlukan pengorbanan dan tentunya bukan sedikit air mata yang tumpah. Bukan sahaja daripada anak tetapi ibu ayah. Masya-ALLAH, tahniah."

Sekadar info, Syah berkahwin dengan Nuur Asy-Syahidah pada 2005. Hasil perkahwinan tersebut, Syah dan isterinya dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Muhammad Solahuddin, Muhammad Saifuddin dan Muhammad Mustafa.