Bella Astillah gayakan pakaian & tarian etnik Sabah, gelagat Syed Saddiq cuit hati warganet. 'Lari rentak tapi comel tak terkata'

Iklan

BELLA Astillah dan Syed Saddiq sentiasa menjadi perhatian warga maya.

Dalam hantaran terbaharu di Instagram, pasangan secocok itu muncul dalam video khas yang dimuat naik khas untuk mengucapkan Pesta Kaamatan atau Hari Pesta Menuai.

Iklan
Iklan

"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai!

"Selamat menyambut musim menuai dengan penuh kegembiraan, makanan sadap-sadap dan tarian tradisional yang siuk," titip Bella.

Iklan

"Selamat Hari Pesta Menuai dan semoga sentiasa sihat, sejahtera dan aman!

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menerusi Instagram mengulas pembikinan video berkenaan.

Iklan

Mempersembahkan beberapa jenis tarian tradisional Sabah bersama, sosok Ahli Parlimen Muar itu kelihatan cuba melakukan sehabis baik biarpun sesekali 'lari' rentak dan tempo.

"Kolaborasi tarian pertama saya bersama YB @syedsaddiq. Tak sempurna, tapi sangat menyeronokkan.

"Ini adalah peralihan (transition) paling mengagumkan, dari siang hingga ke malam.

"Terima kasih YB Syed Saddiq. Saya amat menghargai keberanian dan kesudian YB untuk mencuba sesuatu yang baharu. Itulah yang menjadikannya begitu istimewa.

"Sekurang-kurangnya dia menari sepenuh hati (walaupun sedikit lari rentak tapi comel tak terkata!)," kongsi Bella.

Saddiq menerusi ruangan komen sempat menzahirkan rasa pasrah dengan penampilannya dalam video berkenaan.

"Tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis apabila tengok semula. Tapi tak mengapa, izinkan saya fokus dalam Parlimen sahaja," titipnya.

Tercuit hati, rakan selebriti dan warga maya mengakui Saddiq begitu mencuba untuk mempersembahkan tarian berkenaan bersama Bella. Ujar mereka;

"Boleh tahan struggle juga YB kita kat belakang tu. Apa pun amazing effort and Bella gorgeous as always. Jadi kahwin, ajak tau."

"Maafkan saya sebab tergelak masa masuk outfit kedua. YB please, serba salah saya dibuatnya nak gelak tak boleh, menangis macam kejam."

"This video definitely put a smile to all Malaysians."

"Comel dan cute both of you. Bella memang cantik sangat dan nampak effort YB 100% dalam video ini."

Menerusi tinjauan SinarPlus, biarpun baharu 10 jam dimuat naik, video yang memaparkan tarian dan pakaian tradisional Iban, Bidayuh, Kadazan serta Bajau Samah berkenaan telah menerima 122,000 tanda suka.