ANAK kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar dan suami, Yin Shao Loong berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.
Berita itu dikongsikan TikTok Nurul Izzah's Fans awal pagi tadi yang memaparkan Timbalan Presiden PKR itu membuat persiapan akhir dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Tanah Suci.
Terdahulu, X Nadi Wacana menitipkan ucapan selamat menunaikan haji buat Nurul Izzah.
Artikel berkaitan:
- Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya
- Manis bertudung bawal, perkahwinan sederhana, ringkas Nurul Izzah jadi perhatian warga maya
"Selamat menunaikan ibadah haji, Nurul Izzah Anwar.
"Kami warga Cabang Keadilan Permatang Pauh mendoakan agar perjalanan ke Tanah Suci dipermudahkan ALLAH SWT, dikurniakan kesihatan yang baik dan mendapat haji mabrur.
"Semoga pulang dengan keberkatan dan ketenangan jiwa. Doakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara di hadapan Kaabah.
"Dan ALLAH mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah Ali-Imran: 97)," titipnya.
Sekadar info, Nurul Izzah yang terdahulu menunaikan umrah pada Mac 2023 bernikah dengan Yin Shao Loong pada Ogos 2022.