NURUL Izzah Datuk Seri Anwar terkenal sebagai figura yang tegas. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kini kembali bergelar isteri kepada pengkaji Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Pernah diberi jolokan Puteri Reformasi, Nurul Izzah, 42, berkongsi berita gembira tentang perkahwinannya menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga:Aizat Amdan bakal berkahwin 14 Ogos ini, pengurus sendiri sebagai isteri

Baca juga: Wanita Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar termuda dalam sejarah California

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-NYA ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berpikir.” (Surah Ar-Rum: 21).

“Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan ALLAH SWT.
جزاك الله خيرا. Nurul Izzah Anwar dan Yin Shao Loong,” titipnya.

Kredit foto: Instagram n_zzah

Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahir pada Mei 2003 dan berpisah pada tahun 2015.

Beliau dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, daripada perkahwinan terdahulu.

Kredit foto: Instagram n_zzah

Sering diangkat sebagai inspirasi wanita, berikut 10 fakta menarik mengenai Nurul Izzah;

1- Merupakan anak sulung kepada pasangan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

2-Nurul Izzah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Pendidikan menengahnya diteruskan bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Baca juga: Ke-8 terbaik dunia, siswi perakaunan Malaysia Hannah Mumtazah ungguli ACCA

Kredit foto: Instagram n_zzah

3-Beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak dan kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kepujian) pada tahun 2004.

4-Ketika diuji bapanya ditahan, Nurul Izzah aktif dalam Gerakan Reformasi 1998 hingga mendapat liputan daripada media antarabangsa. Ketika berusia 18 tahun, beliau digelar Puteri Reformasi.

5-Aktif sebagai penyelaras politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat dan sukarelawan kepada Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Kredit foto: nurulizzah.com

6-Nurul Izzah melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dari Universiti Johns Hopkins, Washington, Amerika Syarikat.

Iklan

7- Nurul Izzah memenangi kerusi kawasan parlimen Lembah Pantai P121 dalam pilihan raya umum pada tahun 2008 dan 2013.

Baca juga: Forbes nobat wanita Malaysia antara 20 CEO cemerlang Asia Pasifik

Kredit foto: nurulizzah.com, RTM

8- Pada pilihan raya umum ke-14, Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh yang sebelum ini disandang oleh ibunya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

9- Beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Naib Pengerusi PKR pada 17 Disember 2018.

10-Pada 20 Julai 2022, Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR mengumumkan beliau dilantik semula menjawat jawatan itu.

Iklan

Semoga pernikahan Nurul Izzah dan Yin Shao Loong dikurniakan kebahagiaan sehingga ke Syurga.

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

Baca juga: Amber Heard miliki bentuk wajah paling ‘perfect’ di dunia, saintis sahkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.