HUBUNGAN selebriti Fattah Amin dan Amira Othman sering menjadi perhatian para peminat. Saling mengambil berat dan akrab, terkini kedua mereka nampaknya terbuka mempamerkan kemesraan di laman sosial.
Baru-baru ini, Amira berkongsi momen manis menerima kiriman bunga daripada pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
"Thank you Abang long. Abang Long kalian is the sweetest. Lain hari, lain bunga katanya," titip Amira memuat naik jambangan yang antaranya berisi bunga mawar dan hydrangea.
Amira difahamkan mengalami tekanan darah rendah dan masih ditahan di hospital.
"Telefon penuh call and Whatsapp. Saya ada masa tidak boleh tengok telefon sebab pening yang sangat dahsyat.
"Mungkin kerana tekanan darah hari ini yang sangat rendah, pagi tadi 67/40 sahaja.
"Jadi saya minta maaf kepada semua kalau ada panggilan yang tidak diangkat.
"Saya sedang berjuang dengan sakit kepala ini. Terima kasih di atas doa yang baik-baik. Semoga kita semua sihat dan dilindugi selalu," tulisnya.
Terdahulu, Fattah membuat hantaran 'comel' di Instagram agar pelantun lagu Dalam Sujudku itu cepat sembuh selepas dimasukkan ke pusat perubatan akibat keracunan makanan.
Aktor tersebut malah sempat menghantar jambangan bunga tulip pelbagai warna kepada wanita yang dirujuk sebagai 'rakan sekerja.'
Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan dua selebriti berkenaan sedang menjalin hubungan istimewa.
Fattah dan Amira mula mendapat perhatian ramai sejak hujung tahun lalu selepas banyak berkerjasama dalam rangka promosi pelbagai jenama.
Meskipun kerap diajukan persoalan mengenai status hubungan mereka, Fattah dan Amira tetap menjelaskan mereka hanya sekadar rakan sekerja.
Sumber: Instagram