'Biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi.' Ada perancangan berkahwin, Syed Saddiq akan umum bila tiba masa

Iklan

 

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak asing lagi dalam kalangan peminat industri hiburan tanah air.

Iklan
Iklan

Sementelah selepas hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang sedang hangat diperkatakan.

Ditanya tentang perancangan masa hadapan termasuk berkahwin, menerusi program Interviu oleh Sinar Harian, ahli politik muda itu menjelaskan mempunyai pelan ke arah itu.

Iklan

Bagaimanapun, figura yang pernah diiktiraf sebagai pendebat terbaik Asia itu mahu memiliki ruang sendiri dalam hal yang bersifat peribadi.

Iklan

"Dalam proses ingin membina rumah tangga, memang akan ada pasangan, keluarga dan privasi yang perlu di hormati.

"Dan dalam proses-proses tersebut, biarlah hidup peribadi saya kekal peribadi sampai masanya tiba untuk diumumkan kepada semua.

"Perkara politik, saya terbuka as I can. (Namun perihal perkahwinan) ia melibatkan bukan setakat saya tetapi orang lain seperti keluarga. (Jadi) lebih baik proses tersebut dihormati," ujarnya.

Sekadar info, Syed Saddiq pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella Astillah berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Mereka merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama seperti badminton.

Syed Saddiq dan Bella kemudian muncul dalam banyak rangka promosi sebagai duta produk, termasuk berlakon dan hos live.

Ibu kepada sepasang cahaya mata itu juga dilihat tidak ketinggalan hadir ke mahkamah memberi sokongan buat Syed Saddiq sehingga beliau dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Malah, pelantun lagu Pano turut menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran abang Syed Saddiq baru-baru ini.