Bella Astillah hadir sambutan hari lahir abang Syed Saddiq, warganet doakan kebahagiaan. 'Moga baik-baik sahaja akan datang...'

No Image Caption
A
A
A

 

HUBUNGAN pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus diintai peminat.

Baru-baru ini, kelibat Bella menghadiri acara keluarga Syed Saddiq menguatkan lagi khabar angin hubungan serius antara mereka.

Menerusi Instagram kakak ipar Syed Saddiq, Aishah Kamal, pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu kelihatan merakamkan video acara penuh kejutan itu.

No Image Caption

"Kebahagiaan yang tidak terungkap, meraikan ulang tahun kelahiran @syedsalleh! Rakaman ringkas keluarga kecil ini sudah cukup menceritakan segala- segalanya.

"Dan siapakah gerangan di sebalik kamera? Our very own, si manis @bellaastillah sendiri! Segala kredit buat awak, sayang! " titip Aishah.

Menerusi hantaran lain, Bella yang turut terlibat dalam menjayakan majlis itu dilihat sempat merakamkan foto bersama ahli keluarga Syed Saddiq termasuk ibu, kakak ipar dan kakak ahli politik itu.

Artikel Berkaitan:

Warga maya yang teruja dengan pertemuan itu berharap hubungan antara mereka berkekalan. Malah ramai yang mendoakan masa hadapan yang bahagia buat Bella. Ujar mereka;

No Image Caption

"Nice shot by Bella. Semoga ALLAH pelihara hubungan ini till jannah aamiin."

"ALLAH Maha Adil. Dulu Bella banyak pendam rasa sedih kini Bella bahagia dan disaksikan oleh ramai orang."

"Sah, sahih, tepat, tiada ragu-ragu lagi."

"Alamak I'm crying to see bella happy with people who appreciates her like this."

"Wow 'our very own' Bella. Faham, she's in the family already."

"Moga yang baik-baik sahaja yang akan datang untuk keluarga ini."

Terdahulu, Syed Saddiq yang pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Pelantun lagu Pano itu juga mendedahkan mereka merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama seperti badminton.

Mereka kemudian muncul dalam banyak rangka promosi sebagai duta produk, termasuk berlakon dan hos live.

Syed Saddiq juga baharu sahaja dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang