BENAR berlaku! Luluh hati penulis membaca insiden kejam ini terjadi di Malaysia.
Seorang bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa keganasan seksual apabila dia dirogol dan rakaman itu dijual.
Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap di Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu membuat pendedahan tersebut.
"Saya diberi taklimat pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya (kes) seriuslah.
“Sekarang ini sudah berlaku suatu keadaan yang teruk, tidak terjangkau dek akal.
"Itu sudah kira gila... ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya.
Oleh itu, Saifuddin berkata, KDN sedang merancang untuk meningkatkan keupayaan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai kes berkenaan, Saifuddin enggan mengulas lanjut
Sumber: Sinar Harian