Kronologi pelajar 14 tahun tumbuk guru, mengaku salah kini direman. 'Dia menyesal dan telah meminta maaf'

Iklan

INSIDEN seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menumbuk gurunya di dalam kawasan sekolah telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. 

Kejadian yang tular baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan warga pendidik, malah turut menimbulkan persoalan tentang tahap disiplin pelajar masa kini.

Iklan
Iklan

Berikut adalah kronologi kejadian dan info terkini kes:

1-Kejadian berkenaan membabitkan remaja itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah kira-kira jam 4.48 petang pada 28 Julai lalu.

Iklan

2-Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 7.15 malam.

3-Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca selepas pelajar tersebut didapati ponteng kelas pendidikan jasmani yang sepatutnya berada di padang ketika itu.

Iklan

4- Pelajar terbabit telah ditegur oleh pengadu menyebabkan suspek tidak berpuas hati.

5-Naazron berkata, suspek kemudian bergelut dengan pengadu sehingga mula mengugut dan menumbuk muka mangsa yang disaksikan oleh beberapa guru dan pelajar lain.

6-Hari ini, pelajar peralihan Tingkatan Satu itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap guru berkenaan.

8-Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

9-Peguam yang mewakili remaja tersebut, S Priyalatha ditemui pemberita di luar mahkamah merayu agar mahkamah membenarkan jaminan rendah memandangkan anak guamnya merupakan pesalah juvana yang masih bersekolah.

10-Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin bagaimanapun mencadangkan ikat jamin sebanyak RM5,000 memandangkan kes ini tergolong dalam kategori serius dan telah menarik perhatian umum selepas tular di media sosial.

11-Namun mahkamah membenarkan pelajar itu diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.

12-Dalam pada itu, ibu pesalah juvana yang berusia 40-an berkata, remaja berkenaan berada di bawah jagaannya selepas beliau dan bekas suami berpisah.

13-Jelasnya, putera tunggal itu mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan terhadap guru tersebut dan telah memohon maaf kepada ibu.

14-Remaja itu direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi tentang kejadian menerusi klip video berdurasi 38 saat yang tular memaparkan pertengkaran antara dua individu lelaki yang berakhir dengan seorang pelajar menumbuk pipi seorang guru lelaki.

Sumber: Sinar Harian