'Hospital super mewah, doktor sangat ramai'- Bonda Rozita luah rasa kagum, rawatan suami hanya dua jam

Iklan

PENGALAMAN menemani suami mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah hospital milik sebuah universiti di China memberi perspektif baharu kepada usahawan terkenal, Rozita Ibrahim. Berkongsi kisah tersebut di media sosial, beliau meluahkan rasa kagum terhadap tahap kemudahan, kecekapan sistem rawatan dan bilangan doktor yang disifatkan jauh melebihi jangkaan.

Beliau yang baharu sahaja menemani suaminya mendapatkan rawatan kecemasan terkejut dengan layanan yang diberikan oleh hospital milik kerajaan republik itu berbanding lokasi lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Bonda pernah lalui pengalaman famili sakit dibeberapa buah negara antaranya Turki, indonesia, Singapura, Australia , London dan China.

Iklan

"Dibandingkan London, ia paling menyedihkan. Tanya duit dulu baru nak rawat. Kasar adabnya dan tidak selengkap dan sebaik di China.

"Di sini (China) sangat canggih, katanya mereka tidak percaya kepada hospital swasta.

Iklan

"Hospital awam di sini ada tiga gred iaitu A yang elit di kawasan bandar besar, B di kawasan yang pertengahan dan C di kawasan pedalaman," kongsinya.

Dalam pada itu, Rozita juga memaklumkan terdapat perbezaan di antara servis pusat perubatan swasta dan yang ditawarkan oleh hospital universiti.

"Kebanyakan hospital swasta di sini hanya caj mahal dan reputasinya kurang bagus (ini bonda tanya sendiri orang dekat sini).

"Hospital kerajaan di China ni super mewah dan besar teramat mungkin kerana rakyatnya ramai. Di sini bangunannya dan landskap lebih kurang seperti hospital  swasta di Singapura.

"Antara kemudahan canggih yang terdapat di sini, saya kongsikan sedikit pengalaman berdasarkan pemerhatian sendiri untuk tatapan bersama ialah ia tidak menggunakan manusia tapi semuanya bersistem.

"Jururawat akan ambil pasport dan pesakit akan  diberi kod QR. 

"Kemudian ujian darah juga dibuat sendiri iaitu scan code kemudian keputusan terus ke doktor dan kemudian baharulah dirawat.

"Selepas beritahu apa yang kita rasa atau sakit di mana, kemudian doktor akan terus kenal pasti bahagian mana yang perlu di periksa lanjut misalnya Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) ataupun tidak manakala keputusannya akan diperolehi dalam masa enam jam," kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Rozita juga menzahirkan kekaguman melihat jumlah di luar jangkaan.

"Pembayaran untuk imbasan akan dibuat di bilik doktor dan ubatan akan diagihkan menggunakan mesin di kaunter. 

"Selepas itu, baru buat bayaran. Doktor mereka sangat ramai dan doktor Islam untuk indvidu Islam.

Terdahulu, ibu kepada usahawan Aliff Syukri itu berkongsi melalui saat genting suaminya, Aidiamin Ahmad mengalami serangan jantung ketika berada di republik itu. 

Namun, selepas mendapatkan rawatan susulan, suaminya akhirnya dibenarkan pulang ke Malaysia.

Sumber: Instagram