Suami Bonda Rozita terkena serangan jantung di China. 'Hari-hari dia makan kambing sebab sedap'
USAHAWAN Rozita Ibrahim berkongsi keadaan suaminya, yang mengalami serangan jantung di China.
Menerusi Instagram, beliau dilihat cemas selepas keadaan kesihatan suaminya, Aidiamin Ahmad berada di tahap genting.
Rozita yang juga mesra disapa Bonda Rozita mendedahkan insiden yang berlaku pada jam 4.12 pagi itu.
"Kami selalu berbual-bulan, ada saja yang disembangkan. Tiba-tiba suami senyap, saya pun diam dan pandang wajahnya. Kami terhenti selama tiga minit.
"Kemudian dia bersuara,"Sayang panggil ambulans sekarang."
"Saya panik. Jam 4.12 pagi dan di sini dah siang sangat cepat. Kami lapan orang semuanya bergegas ke Jabatan Kecemasan hospital degan ejen kami, Leo
"Oleh kerana tiada rekod perubatan jelas, suami perlu melakukan prosedur Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan dua jam lagi kami akan mendapat laporannya," kongsinya.
Mengakui gugup dan panik dengan gangguan kesihatan suaminya ketika berada di bumi asing, ahli perniagaan berusia 61 tahun itu bersyukur kerana dengan bantuan orang sekeliling suaminya tersayang mendapat layanan dan rawatan yang baik di sana.
"Wallahi saya tenang kerana staf dan ejen sangat membantu. Perubatan mereka canggih dan hospital ini nombor dua terbaik di China.
"Hospital Bersekutu Ke-4 Sekolah Perubatan Universiti Zhejiang (Zhejiang University School of Medicine Fourth Affiliated Hospital)," kongsinya.
Ibu kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri itu menjelaskan keadaan berkemungkinan berpunca daripada tabiat Aidiamin yang kerap memakan kambing sejak berada republik berkenaan.
Namun keadaan kesihatan memburuk dengan pelbagai simptom seperti sesak nafas dan dada mencucuk dan pening kepala.
"Suami saya ada masalah jantung setahun lepas dan sudah tidak mengambil ubat hospital hampir lapan bulan lalu.
"Dia lupa bawa bahan pencair darah dan sudah 10 hari tidak mengambilnya dengan alasan tidak suka kerana rasanya tidak sedap dan memualkan)..
"Sini dia hari-hari makan kambing sebab sedap ..
:Dia rasa mencucuk pada dada, pening kepala, kebas tangan, tidak boleh gerakan tangan, sesak dan susah bernafas.
"Doktor di sini sangat baik layanannya walau kami orang luar. Doktor pakar otak dan dan jantung bergilir merawatnya. Saya berharap boleh balik ke Malaysia esok," kongsi Rozita.
Menerusi Insta Story, dimaklumkan suaminya sudah dibenarkan pulang dan perlu mendapatkan rawatan susulan dengan pakar jantung sebelum bertolak pulang ke Malaysia.
Difahamkan, penerbangan pulang terpaksa ditunda dan pasukannya meminta orang ramai mendoakan supaya segala urusan dipermudah.
Sekadar info, Rozita dan Aidiamin, 50, yang merupakan abang kepada pelakon Datin Seri Rebecca Nur Al Islam berkahwin Mac lalu.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
