Bukan sekadar cantik – Pakar estetik serantau berkumpul di KLCC, kongsi ilmu & inovasi terkini

Iklan

KLCC sekali lagi menjadi tumpuan apabila berlangsungnya Persidangan Perubatan Estetik dan Pembedahan Malaysia ke-4 (AMSC Malaysia 2025), yang menghimpunkan pakar-pakar estetik dari serata dunia.

Suasana cukup meriah dengan kehadiran lebih 1,600 delegasi dari lebih 30 negara, mencerminkan betapa Malaysia kini semakin dikenali dalam kalangan komuniti perubatan estetik serantau.

Iklan
Iklan

Bukan sekadar acara formal, AMSC 2025 turut menjadi ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan perkembangan teknologi terkini dalam bidang estetik.

Kehadiran nama-nama besar, termasuk wakil dari Korea Selatan dan Singapura, menguatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai antara destinasi penting dalam dunia estetik dan pelancongan kesihatan.

Iklan

Acara yang berlangsung dua hari itu bukan sekadar persidangan formal, tapi lebih kepada pertemuan penuh gaya dan ilmu melibatkan pakar-pakar estetik serantau dan antarabangsa.

Iklan

Dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuching merangkap Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Dr. Kelvin Yii, suasana pembukaan terasa cukup bersemangat.

Salah satu momen menarik ialah kehadiran PINOKIO Asia dari Korea Selatan, kumpulan yang menghimpunkan pakar bedah plastik ternama dari sana.

Kehadiran mereka jadi bualan kerana Korea memang sinonim dengan dunia estetik. Ramai juga tertarik dengan kehadiran delegasi besar dari Singapura yang menunjukkan sokongan padu terhadap acara ini.

Sebelum dan selepas persidangan, ada beberapa sesi workshop praktikal yang agak eksklusif. Antaranya bengkel kadaver, sesi pembelajaran menggunakan tubuh manusia sebenar yang diawet.

Mungkin kedengaran serius, tapi untuk pengamal perubatan, inilah peluang ‘real’ untuk belajar teknik yang lebih tepat dan selamat.

Menurut Presiden MSAM merangkap Pengarah Saintifik AMSC, Dr. Tingsong Lim, AMSC Malaysia 2025 melambangkan kesediaan Malaysia untuk memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan perubatan estetik.

“Dengan membawa kepakaran global ke tanah air, kita memperkukuh daya saing Malaysia sambil menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan estetik di rantau ASEAN," ujarnya.

Dengan sektor pelancongan perubatan makin berkembang, ramai pesakit luar negara memilih rawatan di sini kerana gabungan kepakaran, harga yang berpatutan dan layanan mesra.

Justeru, melalui penglibatan pelbagai pihak termasuklah daripada sektor kesihatan, pendidikan hingga industri pelancongan, acara berkenaan menyerlahkan sisi lain dunia estetik.

Bukan sekadar tentang cantik luaran, tapi juga tentang teknologi, keselamatan dan gaya hidup sihat yang makin menjadi pilihan ramai.