3 minggu pemergian, jasad tidak berbau. 'Zara jaga solat diri sendiri dan kawan, bercita-cita masuk BADAR'

Iklan
Foto: Bernama

PROSES penggalian pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir menjadi perhatian seluruh negara. Penduduk sekitar Sipitang, warga kampung dan tidak ketinggalan warga maya mengikutinya menerusi penstriman langsung.

Keadaan jenazah Allahyarham yang masih baik dan dakwaan bau wangi menjadi bualan ramai.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian daripada pendakwah, Ustazah Marhamah Rosli mendedahkan amalan remaja itu semasa hayatnya.

Foto: Bernama

Iklan

"Lama saya tidak berkongsi seperti rutin sebelum ini, bagi memberi laluan kepada pengumuman penting pihak pasukan undang-undang ibu Zara. 

"Alhamdulillah, selesai sudah proses menggali pusara Allahyarham

Iklan

"Masya-ALLAH tiga minggu selepas pemergiannya, jenazah langsung tidak berbau. 

"Selepas solat Subuh tadi, saya berbual panjang dengan ibu Zara. Santai-santai sambil tunggu waktu Duha.

"Bercerita suka dan duka perjuangan membela #JusticeForZara. Apabila saya tanya tentang Allahyarham, jawapannya (ibu)ringkas tapi sangat menusuk hati. Kata ibu:

"Zara ni jaga solat.. bukan saja solat sendiri, tapi dia jaga solat kawan-kawan. Sebab itu dia mahu masuk BADAR (Badan Dakwah dan Rohani sekolah)," titip Marhamah di Facebook.

Terdahulu, proses menggali kubur Zara selesai pada jam 7.15 malam Sabtu.

Jenazah Zara Qairina dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan menggunakan trak polis dan seterusnya dibawa ke Hospita Queen Elizabeth I (HQEI).

Proses penggalian kubur tersebut mengambil masa hampir dua jam iaitu dipercayai bermula sekitar jam 5.30 petang.

Selain itu, proses tersebut dilaksanakan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut disaksikan oleh beberapa pihak lain termasuk pasukan peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Zara Qairina.