ZARA Qairina, pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah agama menjadi perhatian umum selepas jenazahnya digali semula 23 hari selepas pengebumian awal di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.
Proses bedah siasat telah dijalankan sebelum jenazah dikebumikan semula di lokasi sama. Kisah ini mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan warga maya, sekali gus mencetuskan desakan agar siasatan lanjut dilakukan untuk merungkai kebenaran di sebalik tragedi yang menimpa remaja tersebut.
Berikut kronologi terkini kes remaja itu:
16 Julai 2025
Zara ditemui kritikal di dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama di Papar, Sabah
17 Julai 2025
Disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. Tiada bedah siasat dilakukan sebelum pengebumian malam itu.
27 Julai 2025
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek jamin siasatan telus, memberi sokongan psikologi untuk keluarga dan komuniti sekolah
30 Julai 2025
Ibu Zara, Noraidah Lamat, membuat laporan polis menuntut ekshumasi (gali mayat) dan inkuiri rasmi; mahu penyiasatan oleh pegawai berpengalaman dari Bukit Aman
31 Julai 2025
Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) tuntut siasatan bebas dan memantau perkembangan kes.
2 Ogos 2025
Polis umum siasatan selesai; lebih 60 saksi diambil keterangan, laporan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC)
5 Ogos 2025
Ibu Zara buat laporan kedua berhubung lebam pada tubuh. Peguam persoal integriti siasatan kerana tiada bedah siasat dan bukti seperti pakaian tidak dirampas.
6 Ogos 2025
AGC pulangkan laporan awal kepada polis dengan arahan untuk siasatan penuh.
9 Ogos 2025
-Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sahkan polis akan gali semula kubur Zara secepat mungkin.
-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tekankan siasatan perlu telus tanpa melindungi sesiapa.
-Proses gali semula kubur Zara selesai 7.15 malam.
10 Ogos 2025
-Pakar forensik Semenanjung mengetuai proses bedah saisat dan bedah siasat berjalan dari jam 11 pagi hingga 7 malam.
-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta orang ramai memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan dan undang-undang.
-Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua masjid dan surau di seluruh negeri itu mengadakan solat hajat khas memohon kelancaran proses keadilan buat Allahyarham dan memastikan kebenaran dapat ditegakkan.
11 Ogos 2025
-Jenazah Zara tiba dari Kota Kinabalu pada jam 12.42 tengah malam dengan diiringi pasukan polis dan selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama di sini pada jam 1.15 pagi.
-Sebelum itu, jenazah yang dibawa menaiki trak polis kira-kira jam 9.30 malam dari HQEI diiringi laungan kalimah tauhid ‘Lailahaillallah’ daripada orang ramai yang setia menunggu di pekarangan Jabatan Forensik.
-Laporan penuh bedah siasat dijangka menjadi penentu langkah seterusnya, termasuk kemungkinan mengadakan prosiding inkues sekiranya keluarga tidak berpuas hati dengan hasil siasatan.
Semoga keadilan tertegak dan pemergian Allahyarham Zara Qairina terbela!
Sumber: Sinar Harian