Ina Naim syukur suami baharu bertanggung jawab, didik anak-anak berdikari– ‘Apa yang ayah ajar dulu, jangan tinggal'

Iklan

SELEPAS mendirikan rumah tangga buat kali kedua, penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Ina Naim, dilihat semakin bahagia. 

Memetik potongan video, perbualannya bersama media hiburan baru-baru ini, anak kelahiran Muar, Johor, itu tidak lokek berkongsi tentang kehidupan baharunya bersama suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, yang sangat bertanggungjawab dan mengambil berat tentang anak-anak.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah, takdir daripada ALLAH juga. Dan Dia memberi yang terbaik juga untuk saya. Dapat suami yang baik tu, suami saya. Baik, sangat membantu,” kata Ina sambil tersenyum manis.

Ina turut menceritakan bagaimana pengalaman mendidik anak-anak sebelum ini membentuk dirinya sebagai seorang ibu yang lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan perkembangan mereka.

Iklan

“ALLAH tulis siap-siap dah, anak-anak ditinggalkan waktu mereka sedang nak meningkat remaja. Habis tahap pembelajaran mereka dengan Ayah, tentang ALLAH, tentang Tuhan, tentang agama mereka. 

Iklan

"Sekarang masa untuk mereka terdedah dengan dunia luar, belajar juga daripada Daddy yang juga seorang tenaga pengajar selain bekerja dalam bidang kejuruteraan. 

"Suami banyak mengajar dan membantu dalam segala urusan termasuk membawa mereka ke sana ke mari. Alhamdulillah,” jelasnya.

Dalam nada penuh syukur, pemilik nama sebenar Nordiana Mohd Naim menegaskan bahawa segala pengajaran yang diberikan oleh ayah mereka sebelum ini tetap diamalkan oleh anak-anaknya.

“ALLAH memberi yang terbaik. Maksudnya, mereka belajar untuk tahap sekolah menengah? Belajar berdikari, bisnes dan benda baharu. 

"Yang penting, apa yang Ayah ajar dulu, jangan tinggal. Sebab bila kita ada agama, insya- ALLAH yang lain-lain. Bila kita jaga solat, jaga hubungan dengan ibu bapa yang lain-lain DIA permudahkan. Yakin lah itu," ungkap wanita berusia 41 tahun itu lagi.

Ina juga tidak lupa menekankan peranannya sebagai seorang ibu yang sentiasa memantau anak-anak, bertanya tentang kehidupan mereka, dan memastikan nilai-nilai yang ditanamkan tetap dijaga.

“Sebab itu, saya sebagai seorang ibu, saya sentiasa pantau, tanya kawan-kawan mereka. Alhamdulillah, masih praktik apa yang Ayah mereka tinggalkan,” tambahnya.

Seiring dengan perjalanan hidupnya yang baharu, Ina kelihatan lebih tenang dan gembira. Hubungan yang harmoni bersama suami dan anak-anak kini menjadi sumber inspirasi dan kekuatan baginya. 

Sambil tersenyum, Ina menegaskan sekali lagi, “Segala yang berlaku dalam hidup saya kini merupakan aturan terbaik daripada ALLAH SWT."