Video call 5 minit sebelum kemalangan, bapa rebah & terkilan tak sempat peluk anak tunggal.  'Sekejap lagi ayah ambil Bunga'

Iklan

TIADA yang lebih menyayat hati bagi seorang ayah selain kehilangan anak tunggalnya. Bapa, Azizi Abd Karim, 32, terpaksa menerima kenyataan puteri kesayangannya  Chempaka Alara Azizi sudah pergi buat selama-lamanya.

Lebih menyayat hati, si kecil yang mesra dipanggil ‘Bunga’ itu terdahulu meluahkan perasaan rindu ketika berhubung dengannya melalui panggilan video  lima minit sebelum tragedi.

Iklan
Iklan

“Kali terakhir saya jumpa dia pagi Khamis. Sepatutnya mereka balik ke Kuantan semalam (Ahad) tetapi berlaku sebaliknya.

Iklan

"Saya cakap kepada anak sabar, sekejap lagi ayah datang ambil Bunga kita jumpa," katanya.

Azizi yang ditemui Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Isnin sempat rebah terlalu sayu dan sebak kehilangan permata hatinya secara tiba-tiba dalam kemalangan di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau, Muadzam Shah pada Ahad.

Iklan

"Saya tak sangka itulah perbualan terakhir dengan Bunga dan dia kelihatan ceria pada ketika itu.

“Tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada nombor tidak dikenali memaklumkan isteri saya kemalangan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik HTAA di sini pada Isnin.

Azizi yang bekerja sebagai jurulatih renang berkata, kali terakhir bertemu arwah ialah pada pagi Khamis sebelum isteri dan anaknya berangkat ke Melaka menghadiri kenduri rakan.

Bagaimanapun, dia mengakui terkilan kerana tidak sempat memeluk anak kesayangannya itu sebelum mereka bertolak.

KERETA HILANG KAWALAN

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Ahad, sebuah kereta Perodua Myvi dan pacuan empat roda kemalangan di Kilometer 142 Jalan Keratong–Bahau berhampiran Bukit Serok, Muadzam Shah.

Nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke lorong bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda Isuzu D-Max yang dipandu Mohd Faizal Sukardi, 32.

Susulan nahas, tiga termasuk seorang kanak-kanak maut manakala empat lagi cedera parah.

Selain Chempaka Alara, turut maut, Aida Asmalia Abu Samah, 46 dan Siti Auni Syafiqa Sheikh Ali, 18.

Tiga penumpang Myvi, Adam Wafiy Muqri Jaslihardi, 14 (anak kepada Aida Asmalia), Adawiya Syauqina Sheikh Ali (adik kepada Siti Auni Syafiqa), Amelia Kartika Mappatata, 32 (ibu kepada Chempaka Alara) dan pemandu kenderaan pacuan empat roda, Mohd Faizal Sukardi, 32, yang cedera sedang dirawat di HTAA.

Jenazah Chempaka Alara dituntut waris selepas selesai proses bedah siasat kira-kira jam 1 petang, sebelum dibawa ke Masjid Taman Taman untuk dimandi dan dikafankan serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Lapan, Jalan Kuantan–Gambang.

Sementara jenazah Aida Asmalia pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali, manakala jenazah Siti Auni Syafiqa disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan.

Sumber: Sinar Harian 1, 2