TAHNIAH diucapkan buat qariah dan pendakwah, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang kini bergelar seorang ibu selepas melahirkan anak sulungnya pada Selasa.
Beliau yang mesra disapa Farha berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram.
"Alhamdulillah, dengan rasa syukur Farha telah melahirkan anak pertama lelaki pada 9 Rabiulawal 1447H bersamaan 2 September 2025.
"Doakan agar anak ini membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.
"Semoga dia menjadi asbab umat mencintai ALLAH dan Rasul. Doakan juga agar Farha dan suami dapat menjaga amanah ini sebaik mungkin. Amin, mudah-mudahan," kongsinya.
Artikel Berkaitan:
- Sekali lafaz Farhatul Fairuzah bergelar isteri Ilham Amri
- Tamat pengajian cemerlang, Farhatul Fairuzah raih CGPA 3.90, genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah. 'Syukur atas segalanya...'
- Tahniah! Usia 24 tahun Farhatul Fairuzah terima tauliah mengajar. 'Sama-sama kita belajar & menyampaikan walaupun satu ayat'
Juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 terdahulu diijab kabul dengan suaminya, Ustaz Mohammad Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka pada Disember 2024.
Farhatul yang memegang Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Sunnah terdahulu muncul sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017).
Beliau juga menerima tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.