Sekali lafaz Farhatul Fairuzah bergelar isteri Ilham Amri
PENDAKWAH dan juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri dengan sekali lafaz pagi pada Sabtu.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan yang berlangsung di sebuah ruang acara.
Farhatul sempat berkongsi berita perkahwinannnya menerusi Insta Story dan siaran langsung akad nikah di TikTok.
Majlis terdahulu dimulakan dengan pertunangan kemudian ijab kabul. Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan dengan mas kahwin sebanyak satu dinar emas.
Berita berkenaan turut dikongsikan personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya yang mendoakan kebahagiaan pasangan mempelai.
"Alhamdulillah. Tahniah buat @farhatulfairuzah dan suami, Ilham Amri. Semoga dikurniakan samara dalam mencipta cinta syurgawi," tulisnya.
Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah dan titipan doa buat pasangan pengantin baharu itu.
Pasangan pilihan Farhatul, Ilham merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.
Sekadar info, Farhatul yang baharu sahaja menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menggenggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah terdahulu muncul sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017).
Beliau juga menerima tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang