PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana berkongsi detik cemas apabila kapal yang dinaiki bersama pasukan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke G4z4 di hampiri dron pada malam Khamis.
Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, kejadian berlaku sekitar jam 10.26 malam dan mereka diminta keluar dalam keadaan tergesa-gesa atas arahan kapten kapal.
"Pukul 10.26 malam. Kami terpaksa terburu-buru pakai kasut untuk keluar sebab ada dron atas kapal kami.
"Doakan kami supaya kapal kami dapat meneruskan misi. Kami diminta oleh kapten kami untuk sediakan pasport dan naik ke atas kapal," ujar menerusi rakaman suara yang kemudiannya dimuat naik di media sosial Cinta Salam Malaysia pada Rabu.
Sementara itu, penyanyi Zizi Kirana yang berada dalam kapal sama memaklumkan mereka semua berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Ujar Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, dron berkenaan berlegar di beberapa kapal flotila yang berlayar bersama dan meninggalkan lokasi itu beberapa minit kemudian.
"Ada kapal didatangi oleh dron peninjau. Bukan kapal kami tetapi di kapal sahabat lain dan kita memang berlayar secara kumpulan.
"Setelah mendapat info kami diminta memakai jaket keselamatan dan selepas menunggu beberapa minit alhamdulillah dron itu telah pergi sebab dia tahu yang kami tahu dia datang.
"Alhamdulillah, kami semua dalam keadaan yang baik dan terkawal," kongsinya.
Isteri kepada aktor Yusuf Bahrin itu, turut meminta semua pihak mendokan misi mereka membawa bantuan ke wilayah bergolak itu dipermudahkan.
"Insya-ALLAH doakan pelayaran ini terus sampai ke G4z4 bantuan-bantuan yang kalian sumbangkan dapat sampai ke sana dan benteng kepungan ini dapat dipecahkan," ujarnya lagi.
Tambah Zizi keadaan seperti itu berkemungkinan berulang lagi, namun mereka tidak akan menyerah kalah kerana misi ini adalah misi “Non-Violence”.
"Tujuan kami hanya ingin menghantar bantuan dan memecahkan kepungan yang dilakukan Zionis ke atas Bumi P4lestin.
"Dan yang lebih utama, Kita ada ALLAH Yang Berkuasa atas segalanya.. Terus doakan misi ini berjaya sampai ke Bumi G4z4," ujarnya lagi.
Terdahulu, pada Isnin lalu, sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju G4z4 bagi membawa mesej solidariti serta bantuan asas kepada rakyat P4lestin.
Acara pelepasan disaksikan ratusan aktivis yang memberi sokongan penuh kepada misi maritim terbesar ke G4z4 itu dianjurkan oleh empat gabungan utama iaitu Gerakan Global ke G4z4, Freedom Flotilla Coalition, Maghreb Sumud Flotilla dan Sumud Nusantara.
Sekretariat Sumud Nusantara dalam kenyataan memaklumkan delegasi Malaysia diterajui Cinta Gaza Malaysia (CGM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Salam Malaysia bersama NGO lain, dengan misi menuntut pembukaan laluan bantuan serta penghentian segera serangan ke atas G4z4.