'Tetaplah jaga keberkatan' - Khairul Aming terima Anugerah Usahawan Berjaya Maulidur Rasul 2025, dedikasikan buat peniaga kecil

Iklan

PEMPENGARUH dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming diumumkan sebagai penerima anugerah bagi kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya, Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H 2025M.

Iklan
Iklan

Khairul Aming, 32, menerusi Instagram menujukan anugerah yang diterima buat golongan usahawan.

Iklan

"Saya amat terkejut disenaraikan sebagai penerima tahun ini khususnya kategori usahawan.

"Anugerah ini saya dedikasikan kepada semua peniaga di luar sana terutama peniaga kecil yang baru.

Iklan

"Ada yang berniaga dalam hujan dan panas, ada yang menitis air mata apabila banyak tidak terjual, ada yang tak tidur malam fikirkan gaji pekerja, ada yang rugi tapi masih mampu tersenyum lebar. 

"Anda semua orang yang kuat. Itu semua adalah usaha mencari rezeki yang halal. 

Foto: Bernama

Teruskanlah berniaga dan yakinlah dengan rezeki yang ALLAH SWT berikan. Jadi sama-samalah, kepada diri saya sendiri dan orang ramai menjaga keberkatan agar rezeki yang dicari itu  halal dan menjaga hubungan sesama sendiri" titipnya.

Khairul Aming yang terkenal dengan produknya Sambal Nyet, Dendeng Nyet dan Rendang Nyet Berapi merupakan  graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Vanderbilt, Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Pada Januari 2021, Khairul Aming melancarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi, di bawah jenama miliknya sendiri. 

Produk tersebut habis dijual dalam masa hanya tiga minit semasa pelancaran pertama. Sehingga 2023, lebih 2.4 juta botol telah terjual melalui platform e-dagang Shopee Malaysia.

Pada 2024, beliau meluaskan perniagaannya dengan memperkenalkan produk kedua iaitu Dendeng Nyet Berapi diikuti produk ketiga, Rendang Nyet Berapi pada Ogos 2025.

Selain terkenal dengan video masakan 30 Hari 30 Resipi, pempengaruh dengan tagline 'Hey what’s up guys' ini dinobatkan sebagai Creator of the Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 setelah menerima lebih 1.3 juta undian bagi kategori People’s Choice.