Khairul Aming raih RM600,000 dengan 40,000 daging dendeng 'diborong' tak sampai sejam, buktikan kongsi resipi tak gugat jualan
USAHAWANKhairul Aming memang fenomena. Walaupun baharu mengeluarkan Dendeng Nyet Extra Pedas, variasi baharu produk baru keluaran syarikatnya terjual 40,000 paket dalam satu sesi live di TikTok.
Menerusi hantaran yang dikongsi akaun tiktokshop_my, usahawan berjaya itu telah membuat hitungan jumlah keuntungan yang diraih bersama-sama mereka yang menonton siaran langsung apabila Dendeng Nyet keluarannya diborong oleh pembeli.
Laju sungguh jualan, tidak sampai sejam paparan pada komputer riba meningkat dengan pantas melebihi sasaran asal hanya 500,000 dan mencecah 600,830!
"Alhamdulillah 40,000 paket Dendeng Ekstra Pedas sold out malam ni dengan sales lebih dari setengah juta ringgit.
"Thank you very much guyss for your support!" kongsinya di X.
Artikel berkaitan:
- Inspirasi! Khairul Aming pesan tak perlu berhutang untuk nampak mewah. 'Baru boleh tidur dengan tenang'
- Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang. Jadi inspirasi wanita
- Khairul Aming mulakan misi bantuan banjir, edar 1,200 pek makanan di Pasir Mas. Ajak lebih ramai turun menyumbang
Terdahulu, pemilik nama Khairul Amin Kamaruzaman, 32, berkongsi terpaksa menaikkan harga produk Dendeng Nyet Ekstra Pedas namun tidak mahu membebankan pembeli.

"Saya mintak maaf atas kenaikan harga seringgit berbanding yang asli sebab penggunaan cili 2-3 kali ganda dari yang sebelum.
"Kami juga kena tambah minyak tambahan dan double tempoh masakan menggunakan gas untuk memastikan semua cili kisar dan cili padi masak sepenuhnya.
"Sebenarnya kos adalah lebih dari RM1, tapi kalau naikkan lagi harga, akan menjadi beban untuk pengikut saya," kongsinya.

Permohonan maaf yang dibuat itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tidak begitu kisah dengan kenaikan harga tersebut kerana memahami kos yang meningkat untuk menghasilkan dendeng ekstra pedas.
Rezeki ALLAH itu luas dan milik mereka yang berusaha. Warganet meraikan kejayaan Khairul Aming dan berharap ia menjadi inspirasi kepada golongan muda.
Alumni Kejuruteraan Mekanikal, Vanderbilt University, Amerika Syarikat itu juga membuktikan biarpun beliau terbuka berkongsi resipi produk yang dijual, ia tidak menghalang pelanggan untuk terus membeli.

"Alhamdulillah, semoga terus dimurahkan rezeki. Seronok tengok anak muda Melayu Islam pandai berniaga macam KA ni."
"Amalan KA sedekah tak bising kepada orang lain. KA tidak minta dipuji dan dipuja, sedekah diam diam dan tiada kontroversi."
"KA, tolong buat sistem langganan tahunan mudahkan pembeli dapatkan sambal atau dendeng. Tak perlu masuk live atau beli online, sampai terus ke depan pintu. Mereka tanpa perlu bersusah payah."
"Sejam 40K sold. Congrats KA! Tak sempat nak order! Nak tunggu next batch."
"Dia usahawan berjaya. Dia jual daging dendeng. Tapi dia juga ada share resipi. Dia yakin dengan rezeki Tuhan bahawa ilmu yang dia ada pasti bermanfaat. Selain tu dia tahu pasti ada orang yang takkan buat dan simpan sahaja resipi tu. Resipi daging dendeng KA ni antara resepi yang saya buat dan bekukan. Terima kasih sebab dia berkongsi resepi dan aku dapat olah cili tu sesuai untuk pedas yang minimum kerana tak boleh makan pedas."
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
