15 tahun senyap, Raja Azura akhirnya bersuara – Harap bekas suami munculkan diri, tuntut nafkah anak demi masa depan

Iklan

SELEPAS 15 tahun berlalu sejak Raja Azura bercerai dengan bekas suaminya, Adzmin Osman, buat pertama kalinya, pengacara dan pelakon  itu tampil menuntut nafkah anak melalui Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. 

Dalam perkongsian wanita yang mesra disapa Kak Engku itu, bukan kerana mahu menagih simpati, tetapi  itu dlakukan demi hak dan masa depan anak-anak yang selama ini dibesarkannya sendirian.

Iklan
Iklan

Raja Azura yang berkahwin pada tahun 2001 dan berpisah pada 2010, mengakui tidak pernah menuntut apa-apa sejak perceraian berlaku. 

Selama 15 tahun itu juga, tiada komunikasi, apatah lagi pertemuan bersama bekas suami.

Iklan

“Alhamdulillah, mungkin ini gerak Allah. Saya rasa, hari ini adalah hari yang sangat sesuai,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui selepas memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman nafkah anak.

Lebih menyentuh hati, Raja Azura mendedahkan bahawa anak-anaknya tidak pernah diajar untuk membenci bapa mereka. 

Iklan

Sebaliknya, bekas penyampai radio itu turut menekankan nilai reda dan menerima ketentuan ALLAH dengan tenang. 

“Anak-anak tidak membenci bapa mereka kerana saya didik mereka supaya tidak membenci. Apa sahaja yang berlaku, jangan benci. 

"Terima dengan ketentuan ALLAH SWT dengan baik. Terima dengan tenang,” ujarnya.

PINTU BERDAMAI TERBUKA

Namun, di sebalik tutur kata lembut itu, jelas terlihat harapan agar bekas suaminya kembali muncul, sekurang-kurangnya untuk berhubung dengan anak-anak. 

“Dalam hal ini, kita nak santai-santai dan berharap dia dapat muncul. Mungkin dia malu atau segan. Jangan.

"Saya tetap Raja Azura seperti yang dulu,” katanya lagi, memberi isyarat bahawa pintu untuk berdamai masih terbuka luas.

Bagi Raja Azura, isu ini bukan semata-mata tentang wang ringgit. Lebih daripada itu, ia berkisar tentang tanggungjawab, keterikatan darah daging dan hak anak-anak untuk mengenali ayah mereka. 

“Jangan menghilangkan diri… kalau dia dah berkahwin dan berkeluarga pun, beritahu. 

Sekurang-kurangnya, anak-anak tahu," tegasnya.

Kisah Raja Azura ini membuka mata banyak pihak bahawa tuntutan nafkah anak bukan sekadar soal mahkamah atau undang-undang, tetapi soal amanah. 

Walau masa sudah lama berlalu, tanggungjawab itu tidak pernah padam. Lebih penting, cara beliau mendidik anak-anak agar tidak membenci walau diuji kehilangan kasih sayang seorang ayah menunjukkan kematangan dan kekuatan jiwa seorang ibu.