'Love you Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam' - Nur Syazwani

Iklan

HANTARAN terbaharu pemain Selangor FC, Faisal Halim dan isteri, Nur Syazwani Mizuana Shahril menjadi perhatian warganet.

Berkongsi foto bersama anak lelaki mereka, Khalish Aryan di Insta Story , pasangan itu kelihatan ceria dengan ucapan ringkas"Alhamdulillah" dengan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian kumpulan Repvblik dijadikan latar.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama, isterinya Nur Syazwani juga sempat repost gambar tersebut di akaun peribadinya dengan kapsyen penuh kesyukuran.

"Alhamdulillah. Forgive and forget. Semoga ALLAH lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.

Iklan

Nur Syazwani terdahulu memfailkan permohohan cerai terhadap pemain tersebut.

Iklan

Sekadar rekod, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu berkahwin dengan Syazwani, 26, pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.