Enam tahun bersama, isteri Faisal Halim fail permohonan cerai
ISTERI kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan memfailkan permohohan cerai terhadap pemain tersebut, hari ini.
Menurut laporan portal hiburan tempatan, mStar, sebutan kes tersebut berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim kira-kira jam 2.30 petang.

Sekadar rekod, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu berkahwin dengan Syazwani, 26, pada 9 Mac 2019 selepas empat bulan perkenalan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Faisal, 27, terdahulu diuji dalam insiden simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah Petaling Jaya pada Mei 2024 yang mengakibatkan kecederaan parah sehingga beliau perlu menjalani empat pembedahan.
Bintang kelahiran Pulau Pinang itu kini sedang bangkit membina semula kerjayanya semula selepas peristiwa hitam tersebut.
Sumber: mStar
#faisalhalim #asid #sinarplus #standwithfaisalhalim #lifestylesinarharian">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

