Afifah Nasir kini bergelar ibu, selamat bersalin anak sulung lelaki

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar seorang ibu selepas selamat melahirkan anak sulungnya.

Aktres berusia 32 tahun itu berkongsi berita gembira menerusi hantaran di Instagram.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, anugerah kecil kami, Syed Armand Mateen, akhirnya selamat menjengah dunia," kongsi Afifah.

Tidak berkongsi lanjut tarikh kelahiran, Afifah memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya sedang memangku si kecil, Syed Armand di samping suami, Syed Hariz Syed Azmi.

Iklan

Kakak Afifah, pelakon Anzalna Nasir melafazkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata pasangan itu.

"Akhirnya dapat anak buah lelaki. Masya-ALLAH super handsome.

Iklan

"Syukur Alhamdulillah. Setiap hari melawat dia sampai takut Armand bosan tengok muka I ni," kongsinya.

Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz sah bergelar suami isteri pada 5 Mei tahun lalu, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.