Zizi Kirana kongsi azam, ‘Selepas sampai G4z4, saya nak ke Madinah & Makkah’

Iklan

DI sebalik wajah tenang dan senyuman lembut yang sering dipamerkan, tersimpan doa besar seorang Zizi Kirana. 

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dilayarinya bukan sahaja memberi makna buat perjuangan P4lestin, malah menjadi perjalanan rohani buat dirinya.

Iklan
Iklan

Menerusi Threads, penyanyi berusia 39 tahun itu berkongsi azam peribadi, sesuatu yang cukup menyentuh hati.

“Impian dan doa saya, semoga misi ini berjaya sampai ke G4z4. Selepas itu saya azam mahu ke Madinah bertemu Rasulullah SAW kerana saya rindu. Kemudian ke Makkah, nak duduk lama-lama di depan Kaabah,” tulisnya.

Iklan

Kerinduan Zizi terhadap tanah suci jelas memancarkan sisi dirinya sebagai seorang wanita yang dekat dengan nilai agama, walaupun berada di tengah misi penuh risiko.

Namun di sebalik impian itu, realiti pelayaran tetap menuntut ketabahan. Dalam catatan lain, pelantun lagu Eh itu mendedahkan bagaimana suasana malam di atas kapal menjadi lebih mencabar tatkala mereka semakin menghampiri Yellow Zone - kawasan berisiko tinggi.

Iklan

“Setiap kali siang bertukar malam, kami semua akan lebih berjaga-jaga, apalagi saat ini kami semakin hampir menuju Yellow Zone. Doa dan tawakal kepada ALLAH, itu sahaja yang kami ada,” kongsinya.

Malah, jadual bertugas turut menuntut kekuatan fizikal dan mental.

Zizi bersama aktivis lain yang berada dalam kapal Huga Yatta.

Namun dalam masa sama, kapal-kapal yang menyertai misi itu akan tiba di Yellow Zone, kurang lapan jam lagi.

“Malam ini kena bertugas jam 1 pagi, waktu yang agak mencabar kerana ketika itulah dron-dron meriah. 

“Lebih kurang lapan jam sahaja lagi akan sampai ke Yellow Zone,” tambahnya.

Terdahulu, kapal misi GSF akan memasuki"zon kuning” dalam masa terdekat dan menghadapi risiko tinggi untuk dipintas tentera Israel, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, status terkini kesemua 47 kapal tersebut serta 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby, di Pusat Gerakan Sumud Nusantara di sini pada Ahad.

Berdasarkan pengalaman misi terdahulu, Fahmi berkata, zon yang bermula 300 batu nautika dari G4z4 itu mempunyai rekod insiden gangguan oleh rejim Zionis, dan jangkaan yang sama mungkin akan berlaku terhadap GSF kali ini.