‘Datang 34 orang, doa kami pulang dalam keadaan selamat…’, Musa Nuwayri kongsi harapan menjelang tiba ke G4z4

Iklan
Musa bersama dua selebriti Malaysia yang menyertai konvoi, Zizi Kirana dan Ardell Aryana.

SALAH seorang aktivis kemanusiaan yang kini menyertai konvoi Global Sumud Flotilla (GSF), Musa Nuwayri, menzahirkan harapan agar beliau bersama 33 lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi tersebut dapat pulang ke tanah air dalam keadaan selamat.

Menerusi temu bual bersama  Hot FM, Musa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia tidak menafikan perbualan bersama stesen radio itu mungkin menjadi yang terakhir daripadanya sebelum tiba ke perairan G4z4.

Iklan
Iklan

“Betul, saya rasa ini mungkin panggilan terakhir kerana tidak tahu apa akan terjadi untuk hari-hari yang akan datang, mungkin tidak dapat hubungi sesiapa.

“Jadi saya minta semua doakan kami datang 34 orang (rakyat Malaysia), bagilah kami pulang insya-ALLAH 34 orang dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Iklan

Musa bersama dua selebriti Malaysia yang menyertai konvoi, Zizi Kirana dan Ardell Aryana.

Konvoi GSF kali ini menghimpunkan aktivis daripada pelbagai negara dengan tujuan utama membawa mesej solidariti dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, penyertaan Malaysia seramai 34 orang ini dianggap antara pasukan paling besar yang turut sama dalam misi tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Musa menegaskan, apa sahaja risiko yang menanti, misi ini sudah dianggap berjaya kerana berjaya membuka mata masyarakat dunia terhadap isu G4z4 dan Palestin.

“Paling penting kami anggap misi ini telah berjaya. Semua orang sudah bercakap tentang G4z4, P4lestin dan Global Sumud Flotilla.

“Jadi kami sampai atau tidak, kami sudah berjaya capai apa yang kami sasarkan untuk misi kali ini, alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Konvoi Global Sumud Flotilla kini menghampiri G4z4.

Terdahulu, GSF yang belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas G4z4 pada Selasa mengumumkan bahawa kapal-kapalnya kini berada kurang 160 batu nautika (296 kilometer) dari wilayah yang dikepung itu dan dijangka memasuki zon berisiko tinggi malam ini, lapor Anadolu Ajansi (AA), pagi tadi.

Bagaimanapun dron pengintip tidak dikenali turut dikesan pada altitud sederhana di kawasan pelayaran flotila di perairan Mediterranean dan sebuah kapal tentera laut Israel dikesan pada jarak 80 kilometer dari konvoi itu.

Flotila berkenaan membawa bekalan kemanusiaan dan aktivis antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha memecahkan sekatan Israel sejak bertahun-tahun yang semakin memburukkan kehidupan di G4z4.