Siti Nurhaliza gesa bebas aktivis Malaysia, penahanan langgar hak asasi manusia

Iklan

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggesa pembebasan segera sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera penjajah haram.

Menerusi video yang dimuat naik di beberapa platform media sosial, pelantun lagu Menamakanmu Cinta itu menyifatkan perbuatan menahan 23 sukarelawan sebagai melanggar hak asasi manusia.

Iklan
Iklan

"Misi mereka hanyalah misi kemanusiaan yang menghantar bantuan dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

"Penahanan ini adalah pelanggaran hak asasi manusia. Seluruh dunia wajib bersuara dan memastikan mereka dibebaskan segera," katanya.

Iklan

Menerusi kapsyen, Siti menegaskan rakyat Malaysia perlu terus memberi tekanan kepada pemimpin dunia dan masyarakat antarabangsa.

Iklan

"Walaupun kerajaan memaklumkan mereka akan dihantar pulang dalam tempoh beberapa hari, selagi mereka belum pulang dengan selamat, kita akan terus memberi tekanan kepada pemimpin dunia dan masyarakat antarabangsa supaya membuka mata terhadap kezaliman rejim zi0nis ini," titipnya.

Umum mengetahui penglibatan Siti Nurhaliza dalam memberi sumbangan kepada negara bergolak itu.

Terdahulu, beliau berkongsi kesedihan selepas sekolah yang dibangunkan Yayasan Nurjiwa di G4z4, Sekolah Afwa Al Aafiyah musnah diserang penjajah haram.