KALAU anda mencari pengalaman berbeza di tanah tinggi, Resorts World Genting kini memperkenalkan Genting Guest Xperience Centre (GXC) – sebuah galeri imersif serba moden yang bukan sekadar pameran biasa.
Bayangkan ruang seluas lebih 5,700 kaki persegi dihias dengan teknologi interaktif, penceritaan kreatif dan sentuhan gaya hidup yang penuh inspirasi.
GXC direka khusus untuk pengunjung berusia 13 tahun ke atas dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Masuk sahaja ke Lobi Utama, mata anda terus terpukau dengan paparan LED berskala besar, yang menampilkan air terjun megah dan GIVA (Genting Intellectual Virtual Assistant) yang akan kongsikan info cuaca semasa di Genting Highlands.
Perjalanan diteruskan ke Clouds City, di mana anda boleh ‘travel’ secara visual dari Gohtong Jaya sampai ke puncak 6,000 kaki dengan paparan interaktif. Sambil itu, jangan lepaskan peluang intai projek baharu RWG seperti Eufloria dan Orchadia yang bakal jadi tarikan masa depan.
Di Legacy Lens, kisah pengasas Tan Sri Lim Goh Tong dipaparkan dengan penuh jiwa, lengkap dengan ruang interaktif diinspirasikan daripada meja kerja asal beliau.
Memasuki pula ke Glamour Walk, ruang stylish yang mempamerkan tarikan popular macam Genting SkyWorlds dan deretan hotel bertaraf dunia. (Tip: kawasan ini memang ‘Instagram-worthy’, jadi sediakan kamera anda!)
Akhir sekali, Grand Finale membawa anda ke teater 180 darjah, tayangan 5 minit penuh visual ‘cinematic’ tentang perjalanan global Kumpulan Genting. Serius, ini penutup yang buat anda rasa kagum dengan legasi mereka.
GXC bukan sahaja tempat untuk belajar sejarah atau teknologi, tapi juga ruang untuk ‘feel vibe' Resorts World Genting dengan cara lebih moden, stylish dan dekat di hati.
Untuk maklumat lanjut mengenai RWG, layari rwgenting.com.