Ardell Aryana aktivis pertama dipenjara, kapal Mikeno paling hampir dengan pantai G4z4 - Iylia Balqis 

Iklan

AKTIVIS Global Sumud Flotilla (GSF), Iylia Balqis mendedahkan pelakon, Ardell Aryana merupakan delegasi pertama yang dipenjara oleh pihak berkuasa penjajah haram.

Menerusi siaran Sinar FM, Iylia, 28, turut berkongsi, kapal dinaiki rakan aktivisnya itu paling hampir dengan pantai G4z4 iaitu kira-kira 60 batu nautika walaupun hanya menggunakan arah angin sahaja.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kapal berkenaan telah ditembak dengan meriam air pihak tentera penjajah haram selama dua jam namun tetap bergerak menuju ke destinasi.

"Kaptennya cakap, okay, tak apa. Kita teruskan sahaja berlayar. Apapun jadi, kita teruskan pelayaran.

Iklan

"Ketika itu memang  mereka kapal layar itu hanya mengikut arah angin sahaja. So, ke mana kapal itu bawa, di situlah mereka. 

Iklan

"Tapi sebelum ke sana, kapal dia ni dah kena water cannon selama dua jam. Walaupun sudah ditembak air, mereka tetap teruskan kerana belum dipintas lagi. Tiada askar masuk dalam kapal. 

"Walaupun kapal Mikeno yang terakhir dipintas tetapi ia yang paling awal tiba di pelabuhan kerana (jarak yang) dekat.

"Itulah kita macam pelik, macam mana kapal Kak Ardell boleh yang terakhir tapi Kak Ardell masuk penjara terlebih dahulu daripada saya. Padahal kapal saya  yang pertama dipintas," ujar Ilylia.

Dalam masa yang sama, Ketua Divisyen Pendidikan, Cinta Syria Malaysia itu juga mendedahkan, anak kapal berkenaan adalah kapal pertama yang memasuki dekat dengan dengan perairan  G4z4.

"Ia adalah first yang break the siege yang paling dekat. Semua dah terkejut, malah Datuk Sani dengan Tuan Adil sampai ke Turkiye bru-baru ini masa tanya betul-betul (kepada Ardell). 

"Ardell betulkah? Dia jawab betul tapi cuma katanya ada lagging dari tracker sebab kapal masih berjalan. Mungkin ketika itu mereka sedang ditunda," katanya.

Dalam temu ramah yang sama, Iylia turut mendedahkan Ardell hampir demam susulan tembakan meriam air yang lama.

Dalam misi GSF, Iylia bersama Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia, Musa Alnuwayri dan Sul Aidil menaiki kapal Alma yang iaitu antara kapal yang terawal dipintas tentera zi0ni5 itu.

Terdahulu, media melaporkan Ardell ditarik rambut dengan kasar selain ditumbuk pada bahagian muka oleh tentera Isr4el sehingga mengalami kecederaan ketika rejim terbabit memintas kapal dinaikinya.

Malah pelakon berusia 35 tahun itu turut mengalami koyakan pada otot bahu selain diugut untuk 'diapa-apakan' anaknya jika tidak menurut perintah.

Sekadar info, bekas kapten kapal Mikeno, Muhammad Kuchuktigin dipuji atas keberanian dan keteguhan tekad mereka selepas berjaya menghampiri perairan G4z4 meskipun berdepan ancaman besar. 

Muhammad Kuchuktigin dilaporkan berulang kali menghidupkan dan mematikan radar sejak jam 3 pagi waktu G4z4 bagi mengelak daripada dipintas ketika berada hanya 60 batu nautika dari persisir.

Mikeno mencipta sejarah apabila berjaya memecah sekatan ke atas G4z4 buat pertama kali sejak 2009.

Sumber: Sinar FM