'Kapten suruh mandi & wangi…’ – Aktivis Sumud Flotilla sedia hadapi pintasan penjajah haram malam ini atau esok
"KEMUNGKINAN besar malam ini atau esok kena ready untuk pemintasan oleh penjajah haram."
Itu ayat yang dikongsi sukarelawan Sumud Flotilla, Iylia Balqis Suhaimi menerusi Thread.
“Kapten kami suruh semua bersiap sedia untuk mandi dan kemaskan diri.
"Kalau tidak dipintas, sekurang-kurangnya nampak cantik dan wangi semasa masuk ke bumi Barakah, G4z4,” titip Iylia.
Terdahulu, Ketua Divisyen Pendidikan, Cinta Syria Malaysia itu berkongsi mengenai misi mereka dan info berkaitan zon kuning.
"Flotilla kemanusiaan ini bukan sekadar aksi atau bantuan kemanusiaan sahaja.

"Ia bertujuan menyedarkan dunia untuk hentikan perang, kelaparan dan kebuluran, dan membuka sempadan Rafah untuk bantuan kemanusiaan masuk.
Tugas kita adalah doa, doa dan doa," kongsinya.
Dalam pada itu, Iylia berkongsi info berkaitan zon kuning sekali gus menambahkan pemahaman warganet mengenai perairan itu.
1-Zon kuning ditetapkan pada jarak 300 batu nautika dari perairan G4z4. Flotilla perlu lebih berhati-hati di zon ini sebelum memasuki zon merah pada jarak 100 batu nautika – iaitu kawasan di mana kapal-kapal flotilla sebelum ini telah dipintas oleh Isr4el.
2-Pada Jun 2025, kapal Madleen telah dipintas pada jarak 110 batu nautika.
3-Pada Julai 2025, kapal Handala telah dipintas pada jarak 70 batu nautika dari pantai G4z4.

4-Adakah Isr4el mempunyai hak untuk membuat sekatan laut ke atas G4z4?
Tidak. G4z4 telah berada di bawah sekatan yang haram dan tidak berperikemanusiaan sejak 2007. Penjajahan Penjajahan Isr4el telah didapati tidak sah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
5-Adakah Isr4el berhak menguasai laut sejauh itu dari pantai?
Tidak.Undang-undang antarabangsa hanya membenarkan setiap negara kawal laut sehingga maksimum 12 batu nautika dari pantai sahaja.
6-Apa yang akan berlaku apabila flotilla sampai ke zon kuning?
Kami tidak tahu. Kami telah dilatih untuk berdepan dengan pemintasan, tetapi saiz flotilla kali ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.
7-Adakah flotilla melanggar undang-undang jika berada di perairan antarabangsa?
Tidak. Kita tidak bersalah dari sudut undang-undang kerana berada di perairan antarabangsa - termasuklah semua kapal flotilla sebelum ini yang pernah dipintas oleh Isr4el.
Sumber: Threads
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
