‘Jangan cium anak orang tanpa izin’ – Teguran tegas Aqil Zulkiflee lepas bayinya dicium wanita tak dikenali

Iklan

LUMRAH segelintir individu, apabila nampak bayi comel, ramai yang tak tahan nak belai, nak dukung, malah ada yang spontan mencium pipinya.

Tapi bagi pempengaruh popular Aqil Zulkiflee, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, suami kepada Iliya itu berkongsi di platform Threads tentang satu pengalaman kurang menyenangkan yang dialaminya sewaktu membawa anak mereka, Ayana Aqila, yang baru berusia sebulan untuk pemeriksaan di hospital.

Menurut Aqil, seorang wanita tidak dikenali tiba-tiba mencium anaknya tanpa meminta izin. Lebih membimbangkan, ketika kejadian berlaku, dia tidak sempat menegur kerana sedang menguruskan bayaran di kaunter.

Iklan

“Jangan cium atau sentuh anak orang tanpa kebenaran.

"Semasa di hospital untuk pemeriksaan Ayana, ada seorang mak cik yang tidak dikenali berborak-borak dengan Iliya tiba-tiba dia terus cium.

Iklan

"Saya pula dekat kaunter tengah bayar bil hospital. Tak sempat nak tegur, laju je cium anak orang. Janganlah macam itu ya," tulisnya di ruangan kapsyen.

Begitulah luahan jujur Aqil yang ternyata mencerminkan rasa bimbang seorang bapa terhadap kesihatan bayinya.

Rata-rata warganet turut menyokong teguran itu dan menganggap tindakan Aqil sebagai sesuatu yang wajar.

Ramai bersetuju bahawa masyarakat masih perlu diberi kesedaran untuk menghormati ruang peribadi bayi dan ibu bapa.

“Betul tu, kadang orang terlalu excited tengok baby sampai lupa adab,” tulis seorang pengguna di ruang komen.

“Tak semua bayi kuat imuniti. Selsema sikit pun boleh jadi serius,” komen seorang lagi.

Mengetengahkan isu yang jarang dibincangkan secara terbuka, teguran Aqil ini bukan sekadar luahan emosi, tetapi satu peringatan penting kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan sensitif dengan kesihatan bayi kecil.

Untuk rekod, Aqil dan Iliya mendirikan rumah tangga pada 20 Julai 2024 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayana Aqila pada 12 September lalu.

Kini, pasangan ini menikmati fasa baharu sebagai ibu bapa muda.

Namun bagi Aqil, apa pun, keselamatan dan kesihatan anak tetap menjadi keutamaan.