‘Mama dengan abah tak minta lebih’ -Qadejah genap 16 tahun, Shahida titip doa anak sentiasa sihat dan bahagia

Iklan

ENAM belas tahun bukan sekadar angka yang bertambah pada usia, tetapi satu perjalanan membesarkan anak yang penuh dengan kenangan, doa dan kasih sayang.

Bagi setiap ibu bapa, melihat anak membesar menjadi remaja pastinya menghadirkan rasa syukur yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Iklan
Iklan

Momen itu turut dirasai Datin Seri Shahida apabila anak perempuannya, Qadejah, kini menginjak usia 16 tahun.

Bersempena hari istimewa itu, Shahida bersama suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri, mengadakan sambutan hari jadi buat Qadejah dalam suasana sederhana, dengan mengundang rakan-rakan rapat anak mereka untuk meraikan detik berkenaan.

Iklan

Tidak perlu majlis besar-besaran atau kemewahan berlebihan, sebaliknya cukup sekadar melihat anak tersenyum dan menikmati hari istimewanya bersama insan yang dekat di hati.

Iklan

Menerusi perkongsian di media sosial, Shahida meluahkan rasa syukur kerana majlis buat anak tersayang itu selesai dengan baik, selain menitipkan doa dan harapan agar Qadejah sentiasa diberikan kesihatan serta kebahagiaan dalam menjalani kehidupan sebagai remaja.

"Alhamdulillah, selesai mama dengan papa buat majlis hari jadi Qadejah. Buat simple-simple je. Kita panggil kawan dia je.

"Mama dengan abah tak minta lebih, cukuplah hanya Qadejah sentiasa sihat dan gembira melalui zaman remaja," tulisnya.

Di sebalik ucapan ringkas itu, terselit harapan besar seorang ibu yang mahu anaknya menikmati zaman remaja dengan baik, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap pelajaran dan keluarga.

Shahida turut berpesan agar Qadejah belajar bersungguh-sungguh, membanggakan ibu bapa serta menjadi contoh yang baik buat adik-adiknya.

"Mama dengan abah sayang semua anak-anak," ujarnya.

Buat ibu bapa, hadiah paling bermakna bukan semata-mata kejayaan akademik, pencapaian atau kemewahan yang mampu diberikan kepada anak-anak.

Sebaliknya, melihat mereka membesar dengan sihat, bahagia, mempunyai akhlak yang baik dan tahu menghargai keluarga juga merupakan satu kebahagiaan yang tidak ternilai.

Semoga Qadejah terus melangkah ke fasa remaja dengan penuh keyakinan, menjadi anak yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang keluarga.