ATLET paralimpik kebanggaan negara, Datuk Abdul Latif Romly, bakal melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya apabila tidak lama lagi bakal bergelar seorang bapa.
Berita gembira itu dikongsikan isterinya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi, menerusi satu hantaran ringkas di media sosial.
"Love, mommy & daddy," tulisnya bersama foto memaparkan mereka berdua.
Berkongsi gambar berlatarkan pemandangan di tepi pantai, Nurul Nabila yang menggayakan dress jelas menampakkan baby bump.
Ruangan komen di laman sosial Nabila dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan serta warganet yang teruja dengan berita gembira itu.
Rata-rata menitipkan doa agar kehamilan Nabila dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan cahaya mata sulung berjalan lancar.
Jaguh paralimpik dunia lompat jauh T20 itu berkahwin dengan Nurul Nabila pada 13 Disember 2022.
Mereka yang terdahulu mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021 merupakan rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis.