Putera raja, pahlawan negara! Tengku Hassanal kini anggota elit PASKAU berpangkat mejar, ayahanda Al-Sultan Abdullah pakaikan Beret Biru

Iklan
Foto: Instagram Tengku Hassanal, Ihsan Pahang Media, Kesultanan Pahang

SEMANGAT juang dan darah pahlawan nyata mengalir dalam diri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah apabila baginda ditauliah sebagai anggota pasukan elit Tentera Udara Diraja (TUDM) iaitu Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU). 

Momen bersejarah itu disaksikan penuh bangga oleh ayahanda baginda,  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut memakaikan Beret Biru lambang keberanian dan kehormatan dalam ketenteraan udara.

Iklan
Iklan

Foto: Ihsan Pahang Media

Menzahirkan perasaan teruja dan bangga, Al-Sultan Abdullah menyifatkan hari ini sebagai detik yang amat istimewa kerana dapat menyaksikan sendiri lahirnya seorang anggota PASKAU daripada keluarga Istana Pahang.

Iklan

"Mudah-mudahan akan ada lagi PASKAU yang lahir daripada keluarga diraja negeri ini,” titah baginda.

Iklan

Pada majlis itu, Al -Sultan Abdullah turut mengurnia dan memakaikan Beret Biru PASKAU kepada Tengku Mahkota Pahang dan Panglima Tentera Udara serta dalam masa yang sama  menyempurnakan pemangkaian pangkat Mejar kepada anakanda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Jamuan Diraja selepas berangkat menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Asas PASKAU Siri 32/25 di Pantai Hiburan di sini pada Ahad.

Foto: Instagram Tengku Hassanal, Ihsan Pahang Media

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan isteri, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Penglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Turut dipakaikan beret biru kebanggaan itu satu pegawai dan 21 anggota lain-lain pangkat (LLP) TUDM yang berjaya menamatkan kursus tersebut.

Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Panglima Tentera Udara apabila turut ditauliahkan sebagai anggota PASKAU.

Dalam titahnya itu, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi keterujaannya apabila berpeluang menyaksikan sendiri latihan terjunan para pelatih termasuk Tengku Mahkota Pahang yang diadakan di beberapa lokasi antaranya di Pangkalan Udara Gong Kedak, Kuala Terengganu pada September lalu.

“Sebagai seorang bapa, saya berdebar tetapi pada masa sama amat berbangga dan bersyukur pertama kali dapat melihat sendiri anakanda menjalani latihan terjunan.

"Ia satu pengalaman yang sangat berharga. Sebagai, bapa saya begitu berdebar mengikuti proses terjunan dilalui Tengku Hassanal tapi penuh keyakinan dan bertuah kerana dapat melihat anak sendiri melakukan latihan terjunan itu," titah baginda.

Kursus Asas PASKAU Siri 32/2025 bermula pada 28 Julai dan berakhir hari ini (Ahad) benar-benar menguji kekuatan mental, fizikal dan daya tahan setiap peserta.

Daripada keseluruhan tiga pegawai dan 50 anggota LLP yang memulakan kursus, hanya satu pegawai dan 21 anggota berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Sumber: Sinar Harian