Syed Saddiq mahu botakkan kepala supaya cepat 3 saat untuk Ironman? 'Demi laptop, food bank & baju raya Muar'

Iklan

WAH, bukan main tekad YB muda ini! Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sanggup mencukur kepala dan berlatih seperti atlet Olimpik semata-mata mahu menamatkan Ironman Malaysia 2025 dalam masa kurang 13 jam.

Misi berkenaan sangat bermakna baginya demi menyalurkan RM1 juta kepada penduduk Muar untuk program laptop pelajar, food bank komuniti dan baju raya anak-anak asnaf, jika berjaya menamatkan cabaran sukan lasak itu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Ia susulan syarikat pengeluar pakaian Prima Valet yang mencabar bekas menteri berusia 32 tahun itu untuk menamatkan cabaran tiga disiplin, berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km dalam tempoh masa ditetapkan di bawah 13 jam!

"Bos Primavalet nak cabar @syedsaddiq. Kalau berjaya habiskan Ironman Langkawi dalam 13 jam, bos akan sumbangkan RM 1 juta untuk Muar. Ada berani?" kongsinya di Instagram.

Iklan

Artikel berkaitan:

Azizulhasni cukur semua bulu roma sebelum berlumba? Ini sebabnya

Iklan

Syed Saddiq menerusi video yang dimuat naik memaklumkan telah membuat persediaan termasuk membotakkan kepalanya agar lebih aerodinamik.

"Demi RM1 juta untuk Muar, saya sahut cabaran boss Primavalet! Bring it on.

"13 jam di Ironman Langkawi, RM 1juta untuk Muar. Satu pintu rezeki ditutup, 10 lagi dibuka," titipnya.

Menerusi video dimuat naik, anak kepada Syed Abdul Rahman Syed Abdullah dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz itu berkongsi telah membotakkan kepalanya agar lebih aerodinamik seterusnya menjimatkan masa selama tiga saat.

Dalam pada itu, beliau turut berlatih memanjat. Katanya, ia sebagai persediaan untuk “memendekkan perjalanan nanti.”

"Belajar panjat pagar untuk short cut nanti," kongsinya. 

Pertandingan triatlon berprestij dunia itu itu dijadualkan berlangsung pada 1 November di Langkawi.

Sumber: Instagram