JAGUH jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang bukannama asing dalam acara trek berbasikal.

Terkenal dengan Jolokan ‘The Pocket Rocketman,’ kehebatannya kini meletakkan beliau Kini menduduki ranking pertama dunia bagi acara Keirin.

Malah, Azizulhasni merupakan atlet berbasikal Malaysia pertama yang memenangi pingat di temasya Olimpik.

Beliau memperolehi gangsa bagi acara keirin trek berbasikal lelaki di pentas Olimpik Rio 2016.

Justeru, tidak hairanlah ramai yang tertumpu kepada beliau pada saat ini. Malah beliau turut menceritakan bagaimana perang psikologi ketika berada di sana.

Beliau yang bakal berentap di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, khabarnya cukur bulu roma satu badan sebelum perlawanan.

Menurut laporan Nadi Arena yang disampaikan oleh Bazly Azmi yang berada di Tokyo, adalah normal apabila atlet berbasikal mencukur bulu roma untuk mengurangkan rintangan angin ketika berlumba.

Baca juga Azizulhasni Kini Bergelar Datuk. 5 Fakta Menarik The Pocket Rocketman

Iklan

Ada atlet berbasikal yang lain bukan setakat mencukur bulu roma, malah ada yang mencukur bulu kening untuk mengurangkan lagi rintangan angin ketika berlumba.

Semoga yang terbaik buat Azizulhasni yang bakal beraksi hari ini bagi acara pecut di Velodrom Izu, Shizuoka.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Sumber: Astro Arena

Foto: Instagram dan Facebook Datuk Azizulhasni Awang