Ibu mentua bongkar rahsia, dakwa pempengaruh jadikan isteri seperti ‘tikus makmal’. Potong usus demi jual 'ubat kurus'

Iklan

PEMPENGARUH dan ahli perniagaan terkenal menjadi tular selepas timbul dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya,  yang kini dilaporkan mengalami komplikasi susulan pembedahan.

Menurut ahli keluarga wanita berkenaan, ibu kepada dua cahaya mata itu dipercayai menjalani pembedahan potong usus atau bariatrik yang dikaitkan dengan promosi produk ubat kurus milik perniagaan pempengaruh berkenaan.

Iklan
Iklan

Difahamkan, pembedahan yang berisiko tinggi itu telah menjejaskan kesihatan wanita tersebut.

Iklan

Lebih menyedihkan, keluarga isteriya mendakwa tidak dibenarkan menemui anak mereka di hospital, malah cubaan untuk berhubung dengan pihak hospital turut dihalang.

“Ia amat membimbangkan, kami hanya mahu memastikan keselamatan anak tetapi dihalang menemuinya,” kata ahli keluarga menerusi video yang tular di laman sosial TikTok.

Iklan

Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana ramai turut mempersoal motif sebenar di sebalik pembedahan berisiko tinggi tersebut.

Selain itu, tinjauan di bahagian komen mendapati ramai netizen meluahkan rasa simpati kepada si isteri, di samping menyuarakan kebimbangan terhadap tahap keselamatannya.

Setakat ini, pempengaruh berkenaan dan keluarga kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Sumber: TikTok