Siti Nurhaliza dilantik Profesor Adjung UiTM, mahu cetus inspirasi pelajar- 'Ini bukan sekadar pengiktiran, tetapi tanggungjawab'

Iklan

BAGI seorang figura yang namanya sudah terpahat dalam sejarah seni negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan nilai dirinya melangkaui pentas hiburan apabila dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pelantikan tersebut sekali lagi mengukuhkan kedudukan Biduanita negara itu sebagai ikon yang bukan hanya berbakat, tetapi juga berwawasan dalam dunia keusahawanan.

Iklan
Iklan

Dalam nada penuh kesyukuran, Siti mengakui pengiktirafan itu terlalu besar buat dirinya.

Iklan

Beliau menerima pelantikan tersebut dengan rendah hati, menyedari bahawa pengalaman yang dilaluinya sepanjang membina empayar perniagaan adalah amanah untuk dikongsi bersama generasi muda.

"Alhamdulillah, sebagai seorang selebriti yang juga bergiat dalam dunia perniagaan, saya diberi banyak peluang untuk belajar dan berkembang sebagai usahawan,” katanya.

Iklan

MENYUNTIK INSPIRASI

Sebagai penyanyi yang telah lebih dua dekad dalam industri, pelantun lagu Menamakanmu Cinta melihat pelantikan Profesor Adjung itu sebagai satu platform untuk menyuntik inspirasi dan membimbing pelajar mengenali realiti sebenar dunia perniagaan. Baginya, pengalaman adalah guru terbaik.

“Saya amat terharu dengan penghormatan ini kerana ia bukan hanya pengiktirafan dalam bidang seni dan keusahawanan, tetapi juga tanggungjawab untuk saya berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam industri,” ujarnya.

Siti tidak menafikan dunia perniagaan mengajarnya banyak perkara daripada keberanian membuat keputusan hingga membina kepercayaan dengan pasukan dan pelanggan.

Nilai-nilai inilah yang ingin dibawa ke bilik kuliah supaya pelajar dapat melihat sisi praktikal dan dinamik dalam membina kerjaya sebagai usahawan.

"Diharap penglibatan saya dapat menggalakkan lebih ramai pelajar UiTM menjadi usahawan berjaya,” katanya.

Majlis pelantikan itu disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin di kampus Shah Alam.

Pelantikan ini bukan sahaja meraikan perjalanan kerjaya Siti, tetapi juga menandakan satu langkah progresif UiTM dalam menyatukan pengalaman industri dengan dunia akademik, sekali gus memberi manfaat besar kepada pelajar.