BARU-baru ini tular isu berkaitan hubungan pasangan kesayangan ramai Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikatakan wujud orang ketiga.
Bella menerusi Instagram tampil berkongsi sudah menyelesaikan isu terbabit. Pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu menerusi hantaran di Instagram membuat penjelasan bahawa tidak timbul isu 'sondol' sebaliknya salah faham tersebut sudah diselesaikan secara baik antara semua pihak yang terlibat.
Bella mengajak orang ramai berhenti mengecam dan teruskan hidup dengan positif. Jelasnya, hati wanita bernama Ami Ilana yang dikaitkan warganet dalam isu berkenaan juga sudah dimiliki.
Dia yang turut berkongsi foto bersama menunjukkan BASS tidak bermasalah.
"Assalammualaikum, Alhamdulillah dapat kami selesaikan bersama. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar gemburkan.
"Cuma semua ini berlaku kerana ada segelintir yang memulakan panggilan tak sepatutnya pada Ami dan maka yang lain, tanpa usul periksa turut sama mengecam.
"Tidak ada istilah sondol menyondol sebab dia pun bersama dengan #BASS sejak dari awal. Hey, dia pun tidak single tau," kongsinya.
Selain itu, Bella juga tidak mahu semua pihak memburukkan keadaan dengan melibatkan wanita bernama Kak Tasha.
"Minta hentikan kecaman pada kakak Tasha juga kerana ia sudah melibatkan ahli keluarga dan ia sangat tidak adil kerana mereka tiada niat yang tak baik.
"Let's just move forward and be kind. Kami semua baik-baik sahaja, we love you mama," titip Bella yang turut berkongsi foto bersama ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz
Dalam pada itu, netizen turut menzahirkan rasa lega dengan penjelasan Bella yang dilihat matang dan penuh berhemah dalam menangani salah faham tersebut.
Malah, ramai memuji sikapnya yang tidak cepat melatah dan memilih untuk menjernihkan keadaan secara terbuka dan berlapang dada.