Suami bermadu: Lelaki dakwa isteri & 'suami pertama’ terlibat scam, kongsi supaya waspada. 'Kes berjalan, saya tidak akan tarik report'

Iklan

TULAR satu kes yang mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki tampil mendakwa bahawa isterinya serta seorang lelaki yang didakwa sebagai ‘suami pertama’ wanita berkenaan terbabit dalam kegiatan penipuan.

Lelaki berkenaan, Muhamad Basyir, yang menyifatkan dirinya sebagai 'suami kedua' kepada wanita dikenali sebagai Una tampil membuat pendedahan selepas isu itu hangat diviralkan minggu ini.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran terbaharu, dia mendedahkan terpaksa memadamkan hantaran yang tular atas faktor keselamatan dan permintaan pihak berkuasa.

"Saya Muhamad Basyir 'suami' kedua Una yang telah kecoh dan tular minggu ini ingin menjelaskan hantaran sebelum ini dipadamkan kerana faktor keselamatan ibu saya dan juga kes ini telah mendapat liputan sangat meluas dari pihak media luar sana. 

Iklan

Gambar hiasan

"Pihak berkuasa juga meminta saya memadamkan segala hantaran supaya segala siasatan ke atas mereka berdua dapat dijalankan dengan lancar. 

Iklan

"Bagaimanapun, kes saya tetap akan berjalan di bawah enakmen jenayah syariah dan saya tidak akan sekali-kali menarik laporan beserta bukti yang telah saya kemukakan," tegasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Basyir mendedahkan telah menularkan  hal berkaitan dua individu tersebut supaya netizen lebih berhati-hati.

"Tujuan saya viralkan mereka adalah agar netizen lebih waspada dengan Una dan suaminya kerana mereka memang mempunyai rekod jenayah scam orang sebelum ini.

"Oleh yang demikian, saya sedia memberikan sepenuh kerjasama pada semua pihak berkuasa dan tidak sedikit pun mempunyai perasaan takut untuk memberikan maklumat pada pihak berkuasa," kongsinya.

Artikel berkaitan:

Terdahulu, Muhamad Basyir mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan wanita itu yang disangkanya bujang.

Dakwanya, mereka berdua berkenalan menerusi kelab kereta Axia dan mula berhubung serius sebelum berkahwin di Thailand.

Sepanjang berkahwin, mereka yang tinggal berjauhan dikurniakan 'cahaya mata' dan lelaki itu tetap menjalankan tanggungjawab serta memberikan perbelanjaan keluarga termasuk sebuah Axia merah.

Segalanya terbongkar selepas wanita itu mendakwa 'anak' mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat jangkitan kuman namun tidak membenarkan dia dan keluarga menjenguk.

Selepas beberapa minggu, keluarga lelaki itu mula curiga dan mendapati wanita berkenaan masih berstatus isteri orang. Lebih mengejutkan lelaki itu mendakwa 'anak' yang didakwa hasil perkongsian hidup mereka berdua adalah zuriat Una dan 'suami pertama'.

Tidak hanya itu, dakwanya Una mempunyai rekod penipuan beratus ribu ringgit, menyamar dengan pelbagai nama. 

Susulan itu, pejabat agama mengesahkan erkahwinan mereka tidak sah dan wanita itu dipercayai memalsukan dokumen perceraian.