‘Suami orang’ kini lebih laris, Che Ta nasihat wanita tak perlu tayang muka pasangan

KEPADA semua isteri, zaman sekarang jangan tayang suami dekat media sosial nanti ramai yang berkenan.”

Itu pesanan pelakon Rozita Che Wan buat wanita khasnya yang bergelar isteri.

Bimbang suami tersayang, Zain Saidin menjadi rebutan wanita lain, Che Ta menasihatkan para isteri agar tidak kerap berkongsi foto mahupun momen indah bersama suami dalam media sosial.

Katanya, lelaki bersatus suami orang kini lebih laris dan menggiurkan berbanding jejaka bujang atau duda.

“Zaman sekarang lelaki bujang dengan duda ada anak ke tiada ke memang tak laku, suami orang juga yang laris.

Baca juga Sempoinya! Jual baju pre-loved Che Ta di car boot sale, kehadiran Zain Saidin curi tumpuan

Che Ta

“Takut, suami kita pula elok (kacak) jadi kita simpan. Cukup tayang muka kita sahaja dekat media sosial,” titip Che Ta menerusi sebuah video dalam akaun TikTok miliknya.

Menjengah ruangan komen ramai terutamanya golongan wanita memberikan respon dan komen tanda bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan aktres yang juga usahawan berjaya itu.

“Biarlah hany tayang muka kita sahajalah. Tapi risau dikata janda pula!”

“Sokong, tayang suami nanti kena kebas. Sekarang ni ramai kempunan suami orang, seram juga ada jenis wanita macam itu.”

Iklan

“Aduhai macam-macam sekarang kan? Nak musnah rumah tangga ni senang jer kan? Nak bina dulu cabaran bukan kaleng-kaleng.”

“Senang sangat pihak sondol nak
menyondol, tengok suami orang senang sikit mulalah!”

Che Ta, 50, dan Zain, 39, berkahwin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Sebelum itu, aktres berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy zulkafly pada 26 Ogos 1995 namun bercerai pada 8 Mei 2003.

Iklan

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!