Butik ke-60 dibuka, Siti Khadijah perkenal ruang flagship eksklusif dengan sentuhan moden dan tradisi

Iklan

BAGI  pecinta pakaian ibadah, pengalaman membeli-belah kini lebih menarik dengan pembukaan butik ke-60 Siti Khadijah di Bangsar. Ruang flagship ini direka dengan konsep eksklusif, menyatukan elemen warisan, inovasi dan nilai kerohanian dalam satu pengalaman yang berbeza daripada butik biasa.

Ia memberi suasana yang tenang, moden dan lebih dekat dengan pengunjung yang ingin melihat pakaian ibadah dengan cara yang lebih santai dan informatif.

Iklan
Iklan

Salah satu tarikan utama butik ini ialah Galeri Pelawat Mini, yang membawa pengunjung menelusuri kisah dan perjalanan jenama sejak penubuhannya.

Iklan

Inspirasi galeri ini diambil daripada pusat pelawat asal di Nilai, memperlihatkan sejarah, latar belakang serta perkembangan jenama dari masa ke masa.

Pengunjung dapat memahami maksud dan falsafah di sebalik setiap rekaan, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeluruh.

Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohammad Munzir Aminuddin, butik tersebut dibina bukan semata-mata sebagai tempat membeli-belah, tetapi ruang yang menyatukan pengalaman dan komuniti. 

“Kehadiran semua tetamu menunjukkan butik ini bukan sekadar ruang jualan, tetapi juga dijadikan satu hub komuniti dan jaringan profesional.

"Selain itu, ia juga menjadi tempat di mana kita boleh bertemu, berkolaborasi dan mencipta impak bersama,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa butik Bangsar memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih daripada sekadar telekung. 

Selain koleksi pakaian ibadah wanita, terdapat juga busana lelaki, aksesori, sejadah dan pilihan produk gaya hidup lain.

Katanya, mereka tidak mahu butik ini hanya menjadi lokasi transaksi, sebaliknya ruang untuk mendekatkan pelanggan dengan nilai dan perjalanan sebenar yang membentuk identiti produk.

Butik itu juga menyediakan ruangan khas untuk memperibadikan telekung, memberi peluang kepada pelanggan memilih perincian mengikut cita rasa mereka. 

Walaupun koleksi semakin berkembang, prinsip rekaan tetap berpaksikan kepada keselesaan fabrik, potongan yang praktikal dan kemasan yang berkualiti, prinsip yang turut diterapkan dalam kategori pakaian wanita yang pernah diperkenalkan. 

Majlis pembukaan butik ini turut disertai wakil pelbagai organisasi termasuk agensi kerajaan dan rakan korporat seperti CelcomDigi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia serta Ambank Group. 

Kehadiran mereka menunjukkan sokongan industri terhadap perkembangan ruang gaya hidup yang lebih dekat dengan nilai ibadah dan komuniti.