Fernleaf & kisah keluarga: Warisan nutrisi merentasi generasi

Iklan

BAGI kebanyakan keluarga Malaysia, minuman susu bukan sekadar sebungkus minuman,  ia sebahagian daripada rutin harian, kenangan manis, dan detik-detik kecil yang menyatukan keluarga.

Fernleaf, jenama susu tepung yang sudah lama menjadi pilihan ramai, mengambil peluang ini untuk meraikan kisah-kisah keluarga yang membesar bersama kebaikan tenusu melalui kempen 'Kebaikan Nutrisi Untuk Setiap Generasi.'

Iklan
Iklan

Dari meja sarapan hingga ke bekal anak ke sekolah, ia mengingatkan kita bahawa sedikit kebaikan dalam rutin harian boleh meninggalkan kesan besar yang diwarisi merentasi generasi.

Berlangsung sehingga 30 November 2025, kempen ini mengetengahkan peranan Fernleaf dalam menyokong keluarga Malaysia dari dahulu, kini, hingga masa depan.

Iklan

Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia dan Singapura,Lim Siew Poh menjelaskan bahawa kempen ini adalah cara untuk meraikan kisah sebenar keluarga yang membesar bersama Fernleaf, sambil mengekalkan kebaikan tenusu yang dipercayai merentasi generasi.

Untuk seisi keluarga, pelbagai aktiviti disediakan bagi mencipta memori indah bersama. Antaranya ialah trak susu Fernleaf yang akan menjelajah seluruh negara membawa minuman klasik kegemaran rakyat Malaysia seperti Teh Tarik, Sirap Bandung, dan Susu Coklat Ais,  semuanya dibuat menggunakan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dan Susu Tepung Fernleaf Family Chocolate.

Iklan

Pengunjung turut boleh mencuba resipi kegemaran di rumah sambil mengumpul magnet peti sejuk vintaj Fernleaf edisi terhad dan beg tote plushie eksklusif.

Fernleaf juga ingin menghargai pengguna setianya melalui peraduan Beli & Menang, yang menawarkan peluang memenangi hadiah lumayan! Dari 1 September hingga 30 November 2025, dengan pembelian produk Fernleaf bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit, anda berpeluang memenangi jongkong emas 999.9 atau Cooler Bag vintaj Fernleaf edisi terhad. Inisiatif ini merupakan penghargaan Fernleaf terhadap pengguna setia, memberikan ganjaran istimewa dengan pembelian harian.

Selain hadiah dan promosi, Fernleaf terus menyumbang kepada warga Malaysia secara bermakna. Sempena Sambutan Kemerdekaan, jenama ini menyumbang produk susu bernilai RM200,000 melalui penyajian hampir 20,000 cawan percuma kepada pengunjung acara perbarisan. Langkah ini menonjolkan komitmen jangka panjang Fernleaf dalam menyediakan kebaikan khasiat kepada rakyat Malaysia merentasi generasi.

Siri video bertajuk “Fernleaf: Disayangi Setiap Generasi” pula mengetengahkan kisah keluarga Malaysia yang menyentuh hati. Diilhamkan daripada pengalaman sebenar, siri ini menampilkan tiga watak iaitu Ayu, Angie, dan Sri Devi  yang berkongsi cabaran dan keceriaan membesarkan anak, perbezaan generasi dengan ibu bapa, serta momen kehidupan berkeluarga yang sederhana namun bermakna.

Video berkenaan menekankan bagaimana kebaikan tenusu berkualiti terus menyatukan keluarga merentasi kaum dan komuniti, dari dahulu hingga kini.

Dengan minuman klasik, aktiviti interaktif, dan peluang memenangi hadiah, kempen ini bukan sekadar tentang produk, tetapi tentang ikatan, kenangan, dan rasa sayang yang diwarisi merentasi generasi.