TAHNIAH buat penyampai radio dan pelakon Neera Azizi yang bakal menyambut cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Namun, lebih unik lagi pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu berkongsi momen mendedahkan jantina bayi di Tanah Suci berlatarkan Kaabah.
Neera dan suami, Ustaz Muhammad Hafizi Mohd Noor sama-sama membuka sampul yang berisi kad bertulis jantina bayi 'Congrats it's a baby girl.'
Kejutan itu bukan sahaja menggembirakan Neera dan suami, malah turut mengujakan ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut sama menunaikan umrah.
"Alhamdulillah, Kaabah menjadi saksi kami akan dianugerahkan puteri pertama kami nanti. Terima kasih Ya ALLAH. #Neera2.0IsComing," titipnya.
Artikel berkaitan:
Neera Azizi selamat bernikah dengan mutawif pilihan hati, terima RM20,000 wang hantaran
Warganet turut tumpang gembira, mengucapkan tahniah susulan khabar gembira itu dan mendoakan agar proses kehamilan dan kelahiran dipermudahkan.
Terdahulu, penyampai Rakita itu melangsungkan perkahwinan dengan Muhammad Hafizi yang merupakan seorang mutawif pada Julai tahun ini.
Pada Oktober, pemilik nama Nurazneera Azizi, 27, mengumumkan kehamilan anak pertama pada usia kandungan 13 minggu.