HAMIL anak ketiga bukan alasan bagi Ayda Jebat untuk berehat sepenuhnya.
Biarpun sedang sarat, penyanyi dan pelakon ini tetap tampil ceria, bertenaga, dan happy go lucky, personaliti yang cukup sinonim dengannya.
Dalam temu bual santai baru-baru ini, Ayda berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan, tip kekal aktif, serta persediaan berpantang di rumah sendiri.
"Kalau tengok saya sekarang, mungkin orang kata, ‘eh, sarat hamil pun masih bertenaga, ya?’
"Bagi saya, kehamilan bukan alasan untuk berhenti daripada menikmati hidup.
"Kita masih boleh keluar, bekerja, dan lakukan apa yang kita suka, asalkan tahu limit diri sendiri," ujar wanita berusia 33 tahun itu lagi.
Pemilik nama sebenar, Nur Suhada Jebat, turut mengakui kehamilan ketiga membawa pengalaman berbeza berbanding dua anaknya sebelum ini.
"Betul lah orang cakap, bila kita nak mengandung tu ada had umur sampai umur ni boleh mengandung, tapi makin tua tu makin berbeza lah stamina tu," ungkapnya.
Berkongsi tentang makanan pula, jambu batu menjadi kegemaran utama Ayda sepanjang kehamilan.
"Kalau tak dapat, cepat rasa mahu pulang ke rumah, nak potong dan makan," kongsinya sambil tertawa.
Ayda juga mendedahkan pengalaman mengandung dengan slip disc, isu yang ramai orang tertanya-tanya.
"Sebenarnya ramai juga yang tanya, kita first time ada slip disc, lepas tu kita first time pregnant masih ada slip disc. So apa akan jadi? Adakah kita akan sakit setiap malam ke apa ke?
"Sampai sekarang, tak ada sakit. Belakang saya kalau ikutkan, dua pregnancy sebelum ini lebih sakit belakang daripada yang ni. Tak pernah dia tak triggered lagi lah part slip disc tu," jelasnya.
Proses berpantang
Ditanya mengenai proses berpantang memandangkan sudah punya pengalaman sebelum ini, isteri kesayangan pelakon Nabil Mahir itu mengakui setiap pengalaman berbeza-beza.
"Ketika anak pertama, saya pantang di rumah mama Nabil. Kebetulan ibu saya tinggal di Melaka. Anak kedua pula pantang di hotel.
"Kali ini, saya pilih untuk berpantang di rumah sendiri. Kalau di rumah sebelum ini memang suasana berbeza sebab ramai dan juga kanak-kanak.
"Kalau nak pantang dekat rumah boleh. Dekat luar sekarang ni kan banyak confinement center juga.
"Cuma untuk anak ketiga ini, saya pilih untuk berpantang dekat rumah sendiri. Macam mana tu eh? Dengan dua anak lagi, mesti rumah macam tadika nanti," seloroh Ayda lagi.
Ayda sebelum itu sempat hadir di majlis pelancaran Glow & Grow Duo oleh Watsons MY dan Kinohimitsu di Pavilion Damansara Heights.
Jadi, untuk semua ibu di luar sana yang sedang hamil atau berpantang, enjoy sahaja proses ini. Kekalkan senyuman, urus diri sendiri dengan baik, dan jangan lupa jaga mood. Setiap kehamilan unik, dan kita layak nikmati setiap momen dengan penuh rasa syukur.