Tun M jalani fisioterapi tanpa bedah, tempoh pemulihan panjang atas faktor usia. Tidak terima pelawat kecuali keluarga terdekat 

Iklan

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat jatuh pada 6 Januari lepas di kediamannya di The Mines.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff, negarawan itu diputuskan akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

Iklan
Iklan

"Setelah berbincang dengan doktor-doktor Pakar dari IJN, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) diputuskan bahawa rawatan fisioterapi tanpa pembedahan adalah pilihan yang terbaik baginya.

"Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama," kongsinya.

Iklan

Baharu menyambut ulang tahun ke-100 Julai lalu, Tun M dan keluarga sempat merakamkan penghargaan atas sokongan dan doa daripada pelbagai pihak. Difahamkan, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh itu tidak menerima pelawat kecuali keluarga.

"Tun Dr Mahathir dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau," kongsinya.

Iklan

Terdahulu, Tun M mula menerima rawatan di IJN selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya sehingga mengalami patah tulang pinggul pada 6 Januari lalu ketika sedang brisk walk.

Sumber: Instagram