Tun M  patah tulang pinggul terjatuh ketika brisk walk. 'Perlu rehat 2, 3 minggu, bedah bukan pilihan terbaik'

No Image Caption
A
A
A

KEADAAN kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perhatian warga maya selepas dilaporkan kecederaan patah tulang pinggul.

Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi satu video pada Rabu memaklumkan pembedahan bukan satu pilihan sesuai untuk merawat tokoh negarawan itu  disebabkan faktor usia bapanya yang sudah mencecah 100 tahun.

Menurut Mukhriz, pakar kesihatan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) menasihatkan ahli keluarga agar Tun M menjalani proses pemulihan biasa tanpa melibatkan pembedahan.

No Image Caption

"Oleh kerana keadaan kesihatan beliau, tentulah kena ambil masa sikit, itu pun dalam dua tiga minggu juga untuk beliau (Dr Mahathir) berehat kerana faktor usia beliau mencecah 100 tahun.

Artikel penuh: 

"Pembedahan bukan satu opsyen yang baik. Kita telah dinasihatkan pakar-pakar Institut Jantung Negara (IJN), UKM untuk beliau melalui satu proses pemulihan biasa yang akan memakan masa sedikit. Ini supaya beliau boleh kembali sihat seperti biasa dan boleh kembali bertugas seperti sebelum ini,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman Facebook Kapten B Khalifa.

Dalam pada itu, Mukhriz berterima kasih kepada semua pihak yang berkongsi rasa simpati serta turut bersama-sama mendoakan kesihatan bapanya.

Terdahulu, Tun M mula menerima rawatan di IJN selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya sehingga mengalami patah tulang pinggul pada Selasa.

Tun M dilaporkan terjatuh selepas menjalani rutin harian 'brisk walk' pada pagi Selasa.

Sumber: Awani

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang