PELAKON Gerak Khas dan filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan kerana gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz Jeddah malam semalam.
Nadia yang ke Jeddah atas urusan umrah ziarah sebelum ke London dan Paris tidak mendaftar masuk untuk penerbangan sambungan ke London seperti dijadualkan.
Rakan baiknya yang juga pelakon dan Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah berkata Nadia berangkat ke Tanah Suci secara bersendirian.
Menurutnya sebaik tiba di Jeddah, Nadia sempat menghantar mesej kepada suaminya memaklumkan dia selamat sampai.
Lebih membimbangkan mesej terakhir yang dihantar Nadia kepada suaminya dipercayai memberi bayangan bahawa beliau mungkin berdepan situasi cemas.
Anne berkata satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat untuk membolehkan siasatan dan usaha pencarian dijalankan melalui pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan.
Keluarga serta rakan-rakan memohon orang ramai mendoakan agar pelakon berkenaan ditemui secepat mungkin dalam keadaan selamat.
Nadia atau nama penuhnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim turut membintangi filem Kudeta dan drama bersiri Suri Hati serta Bintang- Awani