DUA lelaki dan seorang perempuan. Total hanya tiga murid sahaja murid di SK Desa Permai, Kinabatangan bagi sesi persekolahan tahun 2026 jadi bualan warga maya.
Terletak jauh di pedalaman, video hari pertama persekolahan yang dikongsikan guru menerusi akaun TikToknya shahrulnaemx menerima lebih 1.3 tontonan.
"Sesi pertama persekolahan edisi sekolah pedalaman. Dah jadi hobi tiap pagi tengok budak budak datang sekolah macam ni," tulisnya.
Warganet rata-rata menzahirkan rasa tertarik kepada ketenangan suasana.
Artikel berkaitan
- Seorang je Tahun Enam, cikgu kongsi kisah sekolah 10 orang murid di Sabah. 'Dia ketua kelas, dialah pengawas
Kenang jasa cikgu Matematik, alumni TKC hadiahkan Perodua Aruz dibayar ‘lump-sum’ sempena persaraan
Tiada kesesakan lalu lintas kawasan di drop-off, murid seolah berkenaan santai berjalan kaki memasuki pagar dan melintasi laluan berumput yang menghijau cukup mendamaikan.
Perkongsian video berdurasi 41 saat itu menarik perhatian warganet , sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan komen. Ujar mereka:
"Best mengajar, tidak ramai student jadi guru boleh lebih fokus mengajar. Persis private school jadinya."
"Untunglah boleh skor A..
"Ini kalau hari sukan tak risau, tiga-tiganya akan mendapat pingat."
"Ni namanya belajar one to one, kalau di KL mahal."
"Ketua pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas."
Difahamkan, lokasi sekolah tersebut jauh di pedalaman dalam kawasan Kuamut dan jalan perhubungan menggunakan bot.
Kisah unik murid kurang di sekolah pernah SinarPlus kongsi sebelum ini.
Terdahulu pada sesi persekolahan 2023/2024, Sekolah Kebangsaan Ruminding yang hanya memiliki 10 orang murid jadi sorotan warga maya.
Istimewanya, hanya seorang sahaja murid Tahun Enam bagi sekolah yang terletak di Inanam, Sabah itu sekali gus menjadikan murid berkenaan ketua kelas dan ketua pengawas.
Difahamkan, lokasi sekolah tersebut jauh di pedalaman dalam kawasan Kuamut dan jalan perhubungan menggunakan bot.
Sumber: TikTok, Sinar Bestari